Insiden kekecohan itu berlaku di pintu masuk lobi menara bangunan parlimen kira-kira jam 2.30 petang apabila 13 ketua Pemuda UMNO Bahagian di negeri itu sudah bersedia setengah jam sebelum itu menunggu ahli parlimen Bukit Gelugor itu sampai bagi sessi petang sidang Dewan Rakyat.
Walaupun hujan dan sebahagian mereka basah, kumpulan itu terus meluru ke arah Karpal yang baru tiba dan menaiki kerusi roda untuk menuju lif fi lobi menara tersebut. Beberapa pemimpin Pemuda terbabit kemudiannya meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan Pemuda UMNO celaka di dalam dewan, Rabu dan meminta pemimpin DAP itu mengulanginya.
Mereka juga meminta Karpal meminta maaf tetapi Karpal tidak bercakap apa-apa menyebabkan kumpulan itu terusw mendesaknya. Ketika kekecohan itu, beberapa ahli parlimen yang dimaklumkan insiden tersebut, meluru ke arah kumpulan Pemuda UMNO dan hampir mencetuskan ketegangan.
Cabar mencabar antara kedua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa. Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Ti0ng King Sing dan Ketua Pentadbiran Parlimen, Datuk Kamaruddin Baria serta Sekreteriat BNBBC, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Datuk Omardin yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri daripada mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda UMNO celaka.
“Pemuda UMNO Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam. Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani mengulangi apa dia sebut semalam depan 13 ketua pemuda UMNO bahagian,” tegasnya.Menurut beliau, terlalu banyak kenyataan Karpal yang melukakan hati UMNO dan orang Melayu. “Adalah tidak wajar perkataan celaka disebut dalam Parlimen, tempat yang darjatnya begitu tinggi bagi mendengar masalah rakyat dan negara.
Kalau beliau ada masalah dengan Pemuda UMNO, beliau boleh buat kenyataan di luar bukannya berselindung di Dewan Rakyat,” katanya. Katanya, Karpal memulakan perkara ini dan beliau perlu menamatkannya.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang, Md Salleh Engku Jamal berkata, Pemuda UMNO Selangor sanggup mati bagi mempertahankan maruah orang Melayu dan parti UMNO. “Karpal kata Pemuda UMNO celaka bermakna dia juga mengatakan orang Melayu juga celaka,” katanya.
sumber AgendaDaily
p/s : Dah tua-tua pun mulut tak ada insurans...celaka lu! Tak gentle langsung!
0 comments:
Post a Comment