Pertemuan Pak Lah dan Anwar Ibrahim baru-baru ini di sebuah madrasah di Hulu Langat telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Di sini, kami siarkan beberapa petikan komen daripada beberapa blog tentang perkara ini.
KOMEN DARI BLOG GAP
Salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.
Sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.
Anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.
Ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.
Dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.
Hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. Orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. Sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.
KOMEN DARI BLOG MSO (MOHD SAYUTI OMAR)
KATA orang sekeping gambar menyimpan seribu makna. Gambar adalah aksi yang menterjemahkan hakiki objek yang dipaparkan. Gambar tidak boleh berkata-kata namun sebenarnya dialog dalam gambar itu tetap ada. Terserah untuk membina dialog sendiri atau sekadar merenung dengan akal yang bijak.
Di bawah ini dipostkan enam keping gambar yang terpilih daripada puluhan keping gambar yang sempat dirakamkan semasa kehadiran Abdullah dan Anwar di madrasah Nurul Iman kelmarin kelmarin.
KOMEN DARI KAMI, PEMUDA UMNO TAMAN EHSAN
Apa saja agenda yang tersirat atau tersurat di sebalik pertemuan ini, hendaklah ia menjurus ke arah untuk memelihara kesucian Islam, meneguhkan akidah umat Islam, memajukan umat Islam dalam segala bidang, meluaskan syiar Islam di dalam negara ini, menggalakkan umat Islam berbuat manfaat untuk kebaikan semua umat manusia juga untuk menyedarkan hakikat kepada umat Islam bahawa dunia ini hanyalah satu persinggahan semata-mata demi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang KHALIFAH
DAN...
BUKANLAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI, ATAU PUN DEMI UNTUK 'KARIER' POLITIK MASING-MASING DAN JUGA BUKAN UNTUK MENYEMARAKKAN LAGI PERPECAHAN DI KALANGAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI YANG SEDIA KRITIKAL HARI INI
INI KERANA KITA...
p/s : Gambar-gambar ini diambil dari blog GAP dan Tinta Merah.
0 comments:
Post a Comment