Oct 16, 2012

Bangsa Melayu Dan Fakta Yang Terselindung




Oleh Mazlan Nordin

KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan adanya: Realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu” yang harus diperteguhkan.
Demikian disuarakan oleh Profesor Ismail Hussein dalam syarahan perdana di Universiti Kebangsaan Malaysia pada suatu masa lampau ketika menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan UKM pada bulan Mei 1970.

Selanjutnya dihuraikan: Semenanjung Melayu adalah satu-satunya daerah di bumi Ilahi ini yang mengambil nama “Melayu”. Ini tanah asal bahasa dan kebudayaan Melayu yang intim di samping “Tanah Melayu” yang lain, iaitu pantai timur dan selatan Sumatera.

Semenanjung Melayu ditakdirkan terletak antara benua dan kepulauan, ia seolah-olah dikepung oleh Dunia Melayu yang cukup berbeza sejarahnya, yang satu telah mengalami kekalahan, yang lain sedang menuju kemenangan. Sempadan Dunia Melayu yang di benua, iaitu di antara dahulunya merangkumi selatan Vietnam dan Kemboja dan juga seluruh wilayah segenting kara hinggalah ke daerah Selatan Burma.

Dunia Melayu yang di selatan berkembang, gagah sebagai negara-negara kebangsaan yang baru, iaitu Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina. Bangsa Melayu di Malaysia yang terkepung di tengah dua dunia itu, hidup terumbang-ambing antara kekalahan dan kemenangan dan memberikannya dinamik yang luar biasa.

Dicatatkan oleh Ismail Hussein selanjutnya ialah beberapa peristiwa berkaitan dengan dunia Melayu:

* Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia yang luas.

* Sembilan tahun selepasnya (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama.

* Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”.

* Berikutan ialah peranan Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”.

Di samping itu di Indonesia ialah peranan Muhammad Yamin, berasal dari Talawi. sebuah kampung kecil di Sumatera Barat. Menurutnya “Selat Melaka ialah corong kepulauan kita, Malaya ialah batang leher kepulauan Indonesia daerah yang delapan. Menceraikan Malaya dari Indonesia dalam perhubungan internasional”.

Keagamaan

Pada peringkat akhir syarahan perdananya Ismail Hussein menyebut: Dunia Melayu ini penuh keragaman dari segi keagamaan, kebudayaan, kesenian serta adat resam, tetapi di bawah keragamannya itu selalu terasa ada kesatuan yang mengikutnya”.

Dalam kertas kerjanya pula berjudul The Study of Malay Literature, Ismail Hussein menyebut mengenai kira-kira 2,000 manuskrip asli Melayu dihantar ke Eropah kebanyakannya untuk perpustakaan-perpustakaan Inggeris dan Belanda.

Lanjutan kisah ialah karya berjudul Malay, World Language of the Ages oleh Profesor James T. Collins, yang mengkaji bahasa dan pelbagai loghat Melayu di seluruh Asia Tenggara.

Beliau menyebut antara lain mengenai kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 memeluk agama Islam. Ketika itu Melaka mempunyai kira-kira 200,000 penduduk dan berupa kota terbesar di Asia Tenggara. Kerana kaitan dengan Islam, tulisan Jawi menjadi bahan utama penulisan Melayu.

Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis yang kemudian meranapkan masjid-masjid serta istana-istana untuk mengubah segalanya. Namun, pada tahun 1522 kamus Melayu terbit hasil usaha seorang peniaga bangsa Itali, bernama Antonio Pigafetta. 

Antara contoh kata-kata:

Melayu 1522, Apenomaito?, Tida tahoSudah Macan,

Melayu 1996, Apa nama tu?, Tidak tahu, Sudah makan?,

Melayu 1534, Baparim de Pungor, Ange’ dia malu, Sita pa tau dor,

Melayu 1996, Berperang di Punggur, Nggak dia malu, Setapak tak undur.

Juga catat ialah surat tulisan Jawi dari Sultan Brunei pada tahun 1599 kepada Gabenor Manila setelah diserang oleh tentera Sepanyol. Surat tersebut masih disimpan di Sepanyol.

Mendapat perhatian ialah peranan seorang Paderi Kristian, Francisco Javier di Melaka setiba pada tahun 1545. Beliau mempelajari bahasa Melayu hingga boleh menterjemah ayat-ayat sembahyang penganut Katolik. Beliau mengadakan pelajaran-pelajaran agama Kristian dalam bahasa Melayu.

Pada tahun 1632, bahasa Melayu digunakan dalam mahkamah-mahkamah pemerintahan Belanda di Ambon. Seorang bangsa Maluku beragama Kristian, Jan Paijs menjadi petugas mahkamah menulis kenyataan-kenyataan dalam bahasa Melayu tulisan rumi. Surat-surat berumur 364 tahun itu masih disimpan di negeri Belanda.

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Batavia semasa pemerintahan Belanda.
Pada tahun 1856, suratkhabar bahasa Melayu terbit di Surabaya untuk keperluan ahli-ahli perniagaan. Menjelang akhir abad ke-19, akhbar-akhbar Jawi dan Rumi terbit dipelbagai tempat Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago).

Semasa tentera Jepun menyerang dan menewaskan bala tentera British di Malaya dulu, pegawai-pegawai tentera Jepun membawa kamus Malay-English susunan Wilkinson, tulisan Rumi.
Menurut Profesor Collins, sepanjang sejarah 1,300 tahun bahasa Melayu telah menerima kata-kata bahasa Arab, Sanskrit, Portugis dan Belanda. 

Utusan Online
READ MORE - Bangsa Melayu Dan Fakta Yang Terselindung

Jul 20, 2012

Jika Kekurangan Menjadi Sandaran Maka Pas Juga Adalah Musuh Allah – Dr. Fadlan


KUALA LUMPUR 19 Julai – Kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz yang mengatakan bahawa Allah mengarahkan Pas untuk menawan Putrajaya daripada musuh-musuh Allah, merupakan satu tuduhan yang amat berat serta tidak berasas sama sekali, kata pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Ustaz Dr. Fadlan Othman.
Beliau turut mempersoalkan atas dasar apa Timbalan Ketua Pemuda Pas mengeluarkan kenyatan tersebut bahawa kerajaan hari ini yang ditunjangi oleh UMNO sebagai musuh Allah.
Kenyataan itu menurutnya merupakan satu tuduhan yang amat berat terhadap UMNO sebagai sebuah parti umat Islam yang kini diberi tanggungjawab memerintah negara.
Ujarnya, sepanjang  pemerintahan UMNO, beliau tidak menafikan dasar memelihara dan menegakkan syiar Islam oleh pemerintah hari ini terserlah apabila syiar-syiar Islam terus ditegakkan dari pelbagai sudut seperti pembinaan masjid, mewujudkan institusi keagamaan, menyemarakkan program-program agama, kebebasan berdakwah dan sebagainya.
“Bagaimanapun, sebagai sebuah gerakan atau parti yang diterajui oleh makhluk yang bergelar manusia, sudah pastilah ada cacat cela dan kepincangan di sana sini.
“Jika Nik Abduh mengatakan bahawa pemerintah hari ini adalah musuh Allah atas dasar kekurangan yang ada UMNO, maka saya berani kata bahawa Pas juga adalah musuh Allah, kerana mereka juga ada kelemahan dan kekurangan sama seperti UMNO dan manusia lain. Tapi lainlah kalau mereka dakwa semua ahli dan kepimpinan Pas itu maksum belaka,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Beliau turut menyifatkan kenyataan yang keluar dari mulut Nik Abduh itu sebagai satu lagi kesinambungan dari kenyataan-kenyataan kepimpinan Pas yang cuba mengelirukan ummah.
Tambahnya,  Pas sememangnya sudah lama menjadi agen mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini dengan pelbagai kenyataan dan fatwa-fatwa yang menyalahi dalil Al Quran dan Sunnah, demi untuk kepentingan dan survival cita-cita politik mereka.
“Sebelum ini, Pas juga pernah mendakwa bahawa solat itu juga adalah sebahagian dari demostrasi, bagi menghalalkan tindakan mereka berdemonstrasi.  Mereka suka menggunakan dalil Quran dan Sunnah, namun pada tempat yang salah. Sekarang ini, dia kata bahawa Allah memerintah Pas untuk menawan Putrajaya dari musuh-musuh Allah.
“Kenyatan seperti ini tidak betul sama sekali. Kata-kata seperti ini tidak patut keluar dari mulut seorang yang dianggap berilmu. Kenyataan sebegini adalah kesinambungan agenda Pas  yang menggunakan agama untuk mengelirukan rakyat awam, khsususnya umat Islam di negara ini,” tegas beliau .
Beliau juga berpendapat bahawa Nik Abduh  dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan ketika mengeluarkan kenyataan tersebut di hadapan pengikut-pengikut Pas, ketika perhimpunan yang diadakan di Stadium Darul Aman pada awal Jun baru-baru ini.
“Maklumlah, berceramah di hadapan ribuan orang ramai, pastinya Nik Abduh bersemangat untuk meyakinkan para pengikut bahawa perjuangan Pas ini adalah tepat sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya seperti itu,” ujarnya.
Kata beliau lagi, bahawa selaku pemimpin yang mempunyai jawatan tinggi di dalam Pas, Nik Abduh tidak sepatutnya bercakap mengikut emosi yang berlebihan sehingga mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

READ MORE - Jika Kekurangan Menjadi Sandaran Maka Pas Juga Adalah Musuh Allah – Dr. Fadlan

Jun 8, 2012

Kesan DAP Tumpu Projek Mewah Tanah Orang Melayu Tinggal Kurang 23 Peratus


PULAU PINANG, 8 Jun – Tanah hak milik orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal kurang dari 23 peratus berbanding lebih 60 peratus beberapa tahun lalu apabila ramai dikalangan orang Melayu yang menjual tanah mereka kepada pemaju hartanah ekoran tawaran harga tinggi yang ditawarkan kepada mereka.
Perkara ini didedahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibnihajar yang mendakwa kini, ramai orang Melayu telah menjual tanah-tanah mereka di kawasan Balik Pulau dan kini projek pembinaan rumah mewah di tanah-tanah Melayu yang terjual itu sedang rancak dijalankan.
“Perkara ini memang amat membimbangkan. Apatah lagi, rumah-rumah yang mereka (Kerajaan DAP) bina hari ini, berharga ratusan ribu malah ada yang mencecah jutaan ringgit.
“Sudah tentu, rakyat di negeri Pulau Pinang, terutama golongan sederhana khususnya orang-orang Melayu tidak akan mampu untuk membeli rumah-rumah tersebut. Bahkan, peniaga-peniaga yang terdiri dari kaum Cina di Pulau Pinang  sendiri  tidak mampu untuk membeli rumah-rumah berkenaan,” jelas beliau kepada UMNO Online  di sini hari ini.
Tambahnya lagi, rumah-rumah mewah tersebut kebanyakkan dijual kepada orang-orang luar seperti warga dari Singapura dan Hong Kong, untuk dijadikan sebagai rumah kedua bagi warga negara dari luar tersebut.
Apa yang beliau kesalkan, setakat ini kerajaan DAP yang mendakwa sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat, tidak menumpukan perhatian untuk membina rumah-rumah kos rendah untuk rakyat berpendapatan sederhana di negeri tersebut.
“Saya lihat Penang Development Corporation (PDC) yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membina rumah kos rendah ini pun sudah mula lari dari tujuan asalnya. Manakala, bukit-bukit di sekitar kawasan Balik Pulau juga sudah mula ditarah untuk dibina kondominium yang berharga ratusan ringgit,” jelasnya.
Tambahnya, antara kawasan-kawasan bukit yang kini sedang ditarah untuk projek pembinaan rumah-rumah mewah adalah   di sekitar kawasan Teluk Bahang dan  Batu Feringgi.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendedahkan bahawa orang Melayu yang memiliki tanah di kawasan ini kini dihujani tawaran supaya mereka menjualnya kepada sebuah syarikat pemaju swasta untuk dibangunkan
“Sehingga kini, orang-orang Melayu masih ada yang menjual tanah mereka kepada pemaju, biarpun kita sudah menasihati mereka agar tidak gelap mata dalam hal ini. Masakan tidak, kini harga tanah di Pulau Pinang boleh mencecah RM 40 sekaki.
“Kita hanya mampu menasihati mereka,agar tidak gelap mata dengan tawaran harga yang tinggi yangdiberikan oleh pemaju, tetapi jika mereka mahu juga menjual tanah pusaka hak milik mereka itu, kita tak boleh nak buat apa-apa,” jelasnya
READ MORE - Kesan DAP Tumpu Projek Mewah Tanah Orang Melayu Tinggal Kurang 23 Peratus

May 9, 2012

Bersih Yang Kotor Dan Zalim - Jemaah Haji Malaysia Mungkin Di Sekat Tunai Haji


Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah, baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu.
“Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia,” katanya selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam di Pusat Islam, Selasa.
Jamil Khir berkata, perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak “kebangkitan Arab”, di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.
Beliau berkata, sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebaranghukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.
Jamil Khir berkata, kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah umrah dan pelajar Malaysia yang membawa politik tanah air ke luar termasuk mencampuradukkan ibadah dengan kepentingan fahaman politik mereka. Katanya, sikap mereka itu telah merosakkan imej negara kerana sebelum ini sikap jemaah Malaysia yang sentiasa mematuhi undang-undang negara itu sering mendapat pujian Raja Arab Saudi, dan sentiasa dijadikan penanda aras di negara itu.
Mengenai buku “Kahwin Campur” yang diterbit dan diedarkan secara percuma oleh Middle Eastern Study Group yang antara lain didakwa menghalalkan perhubungan seksual sejenis, Jamil berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam akan bekerjasama dengan KDN untuk menguatkuasakan pengharamannya.
Beliau berkata, pengharaman buku itu akan dapat menyekat hubungan songsang sesama jenis.
Middle Eastern Study Group adalah sebuah badan di bawah naungan Institut Kajian Dasar (IKD), yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SP : Itulah...ikut lagi Ambiga...Jangan sampai umat Melayu yang ikut Bersih tanggung dosa seluruh umat Islam di Malaysia kerana terlibat dalam perbuatan yang menyebabkan terhalangnya manusia ke jalan Allah...
READ MORE - Bersih Yang Kotor Dan Zalim - Jemaah Haji Malaysia Mungkin Di Sekat Tunai Haji

Luahan Hati Seorang Anak Anggota Polis..





Sebagai salah sorang anak kepada anggota polis saya ingin bersuara bagi pihak rakan-rakan saya…
Memang negara ini negara demokrasi tapi tidak bermakna sikap puak pembangkang terutama Bersih berhak memaki hamun sehingga menjatuhkan maruah serta harga diri pihak polis…anda menggelarkan Anggota polis sebagai ANJING kerajaan…jadi siapakah kami anak-anak POLIS ini… adakah kami anak-anak ANJING?
Tuduhan cacian yang tidak terbatas seolah-olah semua anggota Polis kaki rasuah, tidak boleh di percayai dan sehingga tidak sanggup saya menulis di sini…
Berlinangan airmata saya bila melihat ada di antara anggota polis dipukul, diterajang seolah mereka tidak punya sanak saudara dan anak-anak yang menanti kepulangan mereka dari bertugas…
Saban hari bila-bila waktu yang kritikal seperti Bersih ini, saya sering terfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah untuk kali terakhir kerana ayah akan berhadapan dengan makhluk-makhluk yang begitu bencikan tugas ayah…
Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina di mata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yang ayah dan anggota polis dapat selama ini untuk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yang tidak halal semata-mata mereka bekerja untuk kerajaan yang dipilih oleh rakyat?
Apa yang saya tahu setiap kali sebelum ayah pergi bekerja ayah kami adik bradik bersama ibu akan bersalam dan mencium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi…JANGAN LAWAN IBU, DENGAR CAKAP IBU, JANGAN BIADAP DENGAN ORANG LAIN, HORMATI HAK ORANG LAIN DAN YANG PALING-PALING TERGURIS DIHATI SAYA IALAH AYAH AKAN BRKATA JANGAN SESEKALI TINGGAL SOLAT KERANA ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE…
Sedangkn di luar sana, ayah dan rakan-rakan dicerca, dimaki , di udah dan dipukul semata-mata untuk menjaga keamanan negara…anda yang berkelakuan demikian fikirlah, dengan penghinaan yang sedemikian tidak akan kami anak-anak anggota polis akan berdiam, membiarkan orang tersayang dalam hidup kami diperlakukn seperti haiwan, sedang tingkah laku saudara-saudara pendemo itulah yang kelihatan AMAT KEJI, seolah-olah negara kite tiada undang-undnag,, seolah-olah anda semua tiada AGAMA, sehingga sanggup menghina, memukul, menerajang dengan niat kalau polis itu mati adalah kejayaan anda…
Inikah yngg dikatakan perjuangan menegakkan keadilan sedangkan keadilan di pihak kami, pihak ayah dan rakan-rakannya, pihak orang-orang yang cintakan keamanan anda ketepikan?
Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakan kami terhadap perjuangan puak anda kerana kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo-pendemo itu…negara akan hancur seandainya jatuh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini…
Kepada ayah dan rakan-rakan polis ayah, saya amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan negara…InsyaAllah ayah, saya akan belajar rajin-rajin supaya menjadi insan yan berguna terhadap agama, bangsa dan negara, menyara hidup keluarga agar ayah tidak perlu mengharungi lagi episod duka dan hina ini….
Saya tetap berbangga dengan tugas ayah sebagai anggota polis yang sanggup menggadai nyawa demi keselamatan negara. AYAH KAU LA WIRA KU….
Amin…

READ MORE - Luahan Hati Seorang Anak Anggota Polis..

Khairy Jawab Ambiga

READ MORE - Khairy Jawab Ambiga

Pemimpin dan Ahli UMNO Mesti Bersikap Rendah Diri


Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengingatkan ahli UMNO agar tidak mengulangi kesilapan yang sama sepertimana yang berlaku pada pilihanraya tahun 2008 sekiranya mahu melihat UMNO terus berada di barisan hadapan menjadi tunjang kepada pentadbiran negara.
Justeru katanya  ahli-ahli UMNO perlu sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terutamanya para pemimpin UMNO baik di peringkat manapun bahawa mereka mempunya peranan untuk memastikan UMNO terus kuat dan berkuasa.
“Pilihanraya  tahun 2008 merupakan sejarah hitam buat UMNO. Terjadinya sejarah hitam itu lantaran kesilapan yang dilakukan oleh kita sendiri. Maka dengan itu, semua pemimpin dan ahli UMNO perlu mengambil iktibar dari kesilapan yang berlaku di tahun tersebut. Jika diulang balik, baik pemimpin besar mahupun pemimpin akar umbi, maka kita akan hadapi masalah seperti mana yang berlaku pada pilihanraya tahun tersebut.
“Oleh itu kita mesti sematkan dalam hati dan fikiran kita, sekiranya kita terus mengulangi kesilapan, baik di peringkat mana sekalipun, UMNO pasti akan menghadapi masalah pada pilihanraya kali ini. Kalau kita ingin parti terus kuat dan berkuasa, dan terus menjadi tulang belakang Barisan Nasional, maka kita perlu mengambil iktibar di atas kesilapan kita itu dan jangan diulangi,”tegas beliau ketika berucap di majlis penyerahan Larian Bendera Sang Saka Bangsa dan sambutan konvoi bermotor UMNO di Dataran Tanjung Agas, teluk Kemang.
Tambahnya lagi, sebagaimana apa yang dikatakan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta kesemua pemimpin parti dan ahli  peringkat mana sekalipun, mestilah merasai denyutan nadi rakyat. Selagi UMNO merasai nadi rakyat dan mengambil tahu permasalahan rakyat, InsyaAllah UMNO akan terus relevan pada masa kini dan akan datang.
“Sekiranya kita tidak mengambil tahu tentang permasalahan rakyat, sibuk dengan hal-hal lain sehingga mengabaikan perihal rakyat, UMNO bersikap angkuh dan sombong, maka UMNO akan punah. Kita perlu ingat, bahawa masyarakat hari ini sudah terbuka dan dan bukan seperti 50 tahun yang lalu. Masyarakat hari ini sudah berani bercakap dan mengkritik.
“Oleh sebab itu, kita sebagai pemimpin UMNO perlu sedar akan keadaan ini. Kita tidak boleh bersikap angkuh dan sombong sehingga rakyat menjadi benci dan meluat melihat tingkah laku kita. Ini adalah masa yang paling untuk kita meminta sokongan daripada rakyat agar terus menyokong kita kerana buat masa ini, UMNO dan BN mempunyai track record yang baik dalam usaha membangunkan negara yang aman dan harmoni serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua kaum,” katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu percaya, bahawa larian bendera Sang Saka Bangsa ini adalah sebagai pencetus semangat untuk acara kemuncak sambutan hari ulang tahun ke 66 UMNO yang akan diadakan di Bukit Jalil kelak.
Katanya, UMNO sesekali perlu memperlihatkan kekuatan agar tidak dipandang lekeh oleh puak-puak pembangkang. Cuma selama ini, UMNO tidak bersikap begitu kerana budaya yang dibawa oleh para pejuang UMNO terdahulu lebih kepada bersifat merendah diri dalam menunjukan kekuatan yang ada.
“UMNO juga ada kekuatan dan saya yakin, jika kita mahu menunjukkan kekuatan InsyaAllah, kita boleh himpunkan ratusan ribu ahli UMNO. Kita bukan mahu bercakap besar  tetapi itulah realitinya.  Cuma datuk nenek dan pejuang-pejuang kita tidak ajar cara yang sombong dan bongkak seperti itu.
“Pejuang-pejuang di dalam UMNO bermula di zaman Datuk Onn sehingga ke zaman Datuk Seri Najib, tidak pernah mengajar kita untuk bersikap berlagak atau kurang ajar seperti mana yang diperlihatkan oleh penyokong pembangkang ketika perhimpunan Bersih tempoh hari. Jika kita ambil tindakan yang sama untuk menentang mereka, maka sudah tentu negara akan jadi huru hara,” tegasnya.
Jelas beliau, rakyat Malaysia, terutamanya ahli UMNO perlu bersyukur mempunyai Perdana Menteri yang sabar dan berusaha mengambil pendekatan dalam menangani masalah tersebut dengan cara yang begitu berhemah dan tidak menimbulkan kepayahan dan kesusahan kepada rakyat di negara ini. -MediaUMNO
READ MORE - Pemimpin dan Ahli UMNO Mesti Bersikap Rendah Diri

Apr 26, 2012

Rakyat Jangan Terkeliru, Sertai Demonstrasi Adalah Berdosa Besar – Dr. Fadlan


KUALA LUMPUR, 26 April – Umat Islam diseru agar tidak terpengaruh mengikuti fatwa Pas yang mewajibkan para pengikutnya serta orang awam untuk menyertai demonstrasi bersih Sabtu kerana demonstrasi sebegitu dilarang oleh Islam.
Bahkan, umat Islam yang menyokong dan terlibat dengan demonstrasi tersebut berdosa besar kerana demonstrasi itu lebih menjurus kepada kezaliman terhadap hak-hak orang awam dan peniaga di kawasan terbabit.
Menurut Pengerusi Sekretariat Ulama Muda (ILMU), Dr. Fadlan Othman, fatwa Mursyidul Am Pas yang mengatakan wajib untuk menyertai demo tersebut datangnya daripada salah faham dalam memahami maksud dan definasi demonstrasi itu sendiri.
“Saya pelik apabila seseorang seperti Datuk Nik Aziz yang bertaraf seorang guru agama cuba menghalalkan demonstrasi dengan membawa dalil bahawa solat dan haji juga merupakan satu bentuk demonstrasi.
“Saya nak jelaskan di sini, bahawa solat dan haji itu bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai satu demonstrasi seperti yang dikatakan oleh Mursyidul Am Pas itu. Solat dan haji bukanlah termasuk di dalam kategori demonstrasi  tetapi ia adalah satu ibadah. Dua perkara ini amat-amat berbeza,” jelas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, solat dan haji, termasuk apa saja ibadah yang diperintahkan oleh Allah swt merupakan satu bentuk cara pengabdian kepada Allah swt dan ia tidak boleh dipanggil demonstrasi.
“Demonstrasi yang kita fahami sekarang ini ialah satu perbuatan tunjuk perasaan. Mana boleh disamakan dengan ibadah seperti solat dan haji. Tak kena dalil yang dibawa oleh Mursyidul Am Pas itu untuk menghalalkan demonstrasi Bersih ini. Saya pun tak sangka, macam mana seorang tuan guru agama boleh mengeluarkan kenyataan tersebut,” tegasnya.
Tambahnya lagi, tidak ada ajaran dari Nabi Muhammad s.a.w . umat Islam mesti atau perlu melakukan demonstrasi jalanan seperti ini untuk menegur pemimpin.
“Ia bukan sunnah dan merupakan satu perbuatan yang berlandaskan atas agenda politik semata-mata. Ulama-ulama ahli sunnah wal jamaah telah membuat garis panduan bagaimana untuk menegur pemerintah berdasar dalil quran dan sunnah. Tidak ada seorang ulama pun yang menghalalkan atau mengatakan bahawa mengadakan demonstrasi jalanan merupakan salah satu cara untuk menegur pemerintah,” tegas beliau.
Jelasnya lagi, cara yang telah digariskan oleh ulama untuk menegur pemerintah ialah apabila kita bertemu secara berhadapan dengan pemerintah tersebut.
“Bukanlah caranya untuk menegur pemerintah dengan terjerit-jerit di khalayak ramai apatah lagi sekiranya menggunakan kata-kata kesat atau mencarut. Contoh paling baik yang Allah swt berikan di dalam Al Quran ialah cerita bagaimana Nabi Musa a.s. sendiri diperintahkan oleh Allah swt untuk bercakap dengan lemah lembut ketika menasihati Firaun, sedangkan Firaun itu melakukan dosa yang paling tinggi martabatnya iaitu syirik dan mengaku Tuhan.
“Sekiranya dengan Firaun, manusia yang melakukan dosa paling besar itu pun Allah perintahkan untuk bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi apabila kita ingin menegur pemimpin-pemimpin yang masih dalam lindungan syahadah dan masih bersolat,” ujarnya lagi.
Apatah lagi tegasnya, demonstrasi Bersih ini pula dikepalai oleh seorang wanita bukan Islam, malah merupakan penyokong kuat hak-hak kebebasan beragama dan hak kebebasan seks yang dipanggil seksualiti merdeka.
“Perlu saya ingatkan di sini, umat Islam yang menyokong dan  terlibat dalam gejala Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender ini telah melakukan satu dosa besar. Ini termasuklah  menyokong pemimpin, atau mengikuti telunjuk pemimpin yang menyokong LBGT ini juga telah melakukan dosa besar. Dan sekiranya ada umat Islam yang menghalalkan LBGT ini pula,  ternyata tindakannya itu menyebabkan ia termasuk dalam kategori orang-orang kufur,” tegasnya.
Dalam hal ini katanya lagi, umat Islam sepatutnya bantu membantu dalam membuat sesuatu perkara yang makruf dan Allah melarang umat Islam untuk tolong menolong dalam hal-hal kebatilan, mungkar dan maksiat.
“Dalam surah al Maidah ayat lima, Allah telah menegaskan maksud ayat yang berbunyi, Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya bagi sesiapa yang melanggar perintahNya.”
“Jadi, ayat ini jelas, sebagai satu peringatan bahawa umat Islam dilarang menyertai dan tolong menolong dengan orang-orang yang ingin melaksanakan dan menyokong sesuatu yang mungkar dan zalim, sepertimana demonstrasi bersih ini yang terang-terang hanya bermotifkan politik dan berketuakan pula seorang non muslim yang menyokong perkara mungkar dan maksiat seperti LBGT dan seksualiti merdeka di negara ini,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
READ MORE - Rakyat Jangan Terkeliru, Sertai Demonstrasi Adalah Berdosa Besar – Dr. Fadlan

Taktik Pembangkang Tolak Cadangan PSC Untuk Halalkan Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, 9 April – Tindakan pembangkang yang tidak mahu membahaskan mahupun menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya membuktikan bahawa segala tuntutan mereka terhadap penambaikan tersebut hanyalah sebagai satu muslihat politik demi untuk meraih undi rakyat.
Apa yang pasti, pihak pembangkanglah  yang pada peringkat awalnya mengusulkan penubuhan PSC, namun apabila cadangan tersebut di bawa masuk ke Parlimen untuk dibincangkan, pihak pembangkang secara tiba-tiba menolak dan membuat pelbagai helah dan dalih.
Dewan Rakyat bagaimanapun telah meluluskan kesemua 22 syor yang dikemukakan PSC tanpa dibahaskan selepas pihak pembangkang membuat kecoh dan menolak untuk memperbahaskan cadangan tersebut atas alasan penolakan Penyata Minoriti oleh Speaker Dewan Rakyat.
Tujuh daripada lapan perkara yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan PSC ke Dewan Rakyat baru-baru ini.
Berdasarkan kenyataan Pengerusi PSC Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili bahawa 82 peratus daripada 22 syor penambahbaikan yang diputuskan sebelum ini dipersetujui bersama oleh wakil mereka dalam jawatankuasa itu tanpa sebarang masalah, jelas pembangkang tidak ikhlas dan suka ambil kesempatan di Parlimen.
Namun, setelah cadangan PSC yang telah dipersetujui di bentang di Parlimen, secara tiba-tiba pihak pembangkang membuat kecoh dan menolak untuk membahaskan cadangan tersebut.
Jelas ini adalah sebahagian dari tektik pembangkang dalam menghalalkan perhimpunan bersih 3.0 apabila dengan sengaja menimbulkan rasa tidak puas hati apabila jawatankuasa PSC membentangkan cadangan tersebut di Parlimen baru-baru ini.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor ketika dihubungi hari ini, beliau menegaskan bahawa pembangkang menjadikan isu ini sebagai satu muslihat untuk meneruskan agenda Bersih 3.0.
Tegas beliau pihak pembangkang akan mengatakan bahawa Bersih 3.0 mesti diteruskan lantaran tuntutan untuk penambaikan itu tidak diterima oleh kerajaan BN.  Namun, sudah pastinya, ini adalah sikap pembangkang yang tidak akan bersetuju dengan apa jua perkara atau perubahan yang dilakukan oleh kerajaan.
“Jelas isu penambaikan terhadap SPR ini hanyalah semata-mata agenda politik pembangkang sahaja. Tidak kira samada kerajaan buat perubahan atau tidak, mereka tetap tidak akan setuju dan sekiranya kerajaan melakukan perubahan tersebut, mereka tetap akan cuba cari pasal dengan mencari isu-isu remeh untuk dibangkitkan seperti yang kita lihat hari ini.
“Apatah lagi, sekarang ini pembangkang sedang sibuk mempromosi perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan tidak lama lagi. Jadi, inilah kesempatan terbaik buat mereka untuk membuktikan kepada rakyat konon-kononnya kerajaan BN tidak memenuhi tuntutan mereka dalam Bersih 2.0 dulu, dan seterusnya menjadi satu dalil buat mereka untuk menghalalkan perhimpunan Bersih yang akan datang nanti,” tegasnya.
Tambahnya lagi, hari ini rakyat perlu lebih berhati-hati, teliti dan bersikap bijak dalam membaca strategi politik pihak pembangkang yang  sengaja mencipta isu, semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
Dan  lebih jahat lagi kata beliau  mereka berselindung dengan slogan dan kata-kata retorik yang kononnya mahukan sistem pilihanraya yang telus dan adil untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.
“Kalau kita lihat hari ini, apa juga yang dilakukan oleh kerajaan tetap dianggap salah oleh mereka. Tidak ada apa yang dilakukan oleh kerajaan yang dianggap baik oleh pihak pembangkang. Pasti ada  saja perkara yang nak dibangkangkan.
“Malah, kalau mereka melakukan kesilapan sekali pun, pihak pembangkang sedaya upaya untuk menafikan kesalahan mereka itu sebaliknya cuba mengalihkan kesalahan yang mereka lakukan itu kepada UMNO dan BN, seolah-olah UMNO dan BN yang menjadi punca terhadap salah silap yang dilakukan oleh mereka selama ini,” jelasnya lagi. -MediaUMNO

READ MORE - Taktik Pembangkang Tolak Cadangan PSC Untuk Halalkan Bersih 3.0

Jentera Penerangan Jangan Tunggu Dekat Pilihanraya – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR, 12 April – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan meminta semua jentera penerangan UMNO peringkat bahagian dan cawangan untuk merencanakan program penerangan kepada masyarakat bermula dari sekarang.
Jelas beliau, ini adalah masa yang sesuai untuk jentera penerangan baik di peringkat bahagian dan cawangan turun ke akar umbi di sekitar kawasan mereka, untuk memberi penerangan kepada masyarakat sekeliling dalam apa juga bentuk pendekatan sekalipun.
“Program penerangan yang dilakukan tidak hanya tertumpu kepada ceramah-ceramah umum sahaja, tetapi pengedaran risalah kepada orang awam, program turun padang bertemu dengan pengundi di kawasan masing-masing dan juga penerangan melalui media baru seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya,” jelas beliau yang di temui di pejabat UMNO Bahagian Pandan ketika sesi lawatan ke ‘war room’ UMNO Bahagian Pandan.
Tambahnya lagi, jentera-jentera penerangan UMNO di seluruh negara perlu memanfaatkan segala ruang termasuk bertemu dengan rakyat dan pengundi secara berdepan, menggunakan media cetak, media digital mahupun media elektronik, dalam usaha untuk menyampaikan maklumat secara tepat kepada masyarakat bagi memperjelaskan usaha-usaha kerajaan disamping  menangkis fitnah-fitnah yang dilontarkan pihak pembangkang terhadap usaha yang dilakukan kerajaan.
“Namun saya mahu ingatkan, janganlah kita meletakkan beban ini hanya semata-mata di atas bahu ketua penerangan baik di peringkat bahagian atau cawangan sahaja. Kesemua ahli UMNO sebenarnya perlu mengambil tanggungjawab ini.
“Penerangan boleh dilakukan di mana sahaja seperti di kedai-kedai kopi atau majlis keramaian contohnya. Kita sebagai ahli UMNO perlu menjadi agen-agen penerangan biar di mana sahaja kita berada,” jelas beliau.
Program penerangan ini menurut beliau, adalah penting dalam usaha untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN dan bagi  memastikan rakyat mendapat info yang sebenar tentang penipuan janji-janji dan pelbagai  fitnah yang dilontarkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan.
“Sebagai contoh, pembangkang menabur janji konon-kononnya sekiranya mereka diberi kuasa, maka mereka akan menurunkan harga minyak,  menghapuskan hutang PTPTN, menghapuskan tol dan juga menyeleraskan gaji minumum sebanyak RM 4 ribu.
“Jika dilihat semula, segala janji yang ditabur oleh pembangkang itu sesetengahnya tidak logik sama sekali, dan ada pula yang sebenarnya sudah  boleh mereka laksanakan, tetapi sehingga har ini masih tidak dilaksanakan oleh pihak pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasai.
“Contohnya, penghapusan tol.  Mereka berjanji untuk menghapuskan tol sekiranya berkuasa namun, sehingga kini tol di Pulau Pinang masih lagi tidak dihapuskan, sedang pemerintahan negeri tersebut di dalam tangan mereka.
“Begitu juga penurunan minyak petrol. Saya cabar mereka supaya menurunkan dulu harga minyak di empat buah negeri yang mereka kuasai. Mereka boleh menurunkan harga minyak dengan syarat kerajaan negeri di bawah pimpinan mereka sanggup untuk menanggung kos subsidi rakyat,” ujarnya lagi.
Namun jelas sehingga ke hari ini, kata beliau lagi tidak ada apa pun yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang tentang segala perkara yang mereka janjikan kepada rakyat,  kecuali hanya menjalankan propaganda dan menabur fitnah untuk  memburuk-burukkan kerajaan bagi mempengaruhi rakyat.
“Mereka hanya tahu berjanji tetapi janji-janji itu tidak logik dan hanyalah  janji kosong semata untuk memperdayakan rakyat di negara ini demi  kepentingan politik mereka,” tegasnya. -MediaUMNO
READ MORE - Jentera Penerangan Jangan Tunggu Dekat Pilihanraya – Ahmad Maslan

Apr 13, 2011

PENGAKUAN RAJA PETRA TENTANG KES ALTANTUYA

Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY
"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.

sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/ekslusif/Tak_Pernah_Tuduh_PM_Dan_Isteri_Terbabit_Kes_Altantuya_Raja_Petra.html

p/s : Satu demi satu perkara terbongkar...inilah bila mengamalkan politik fitnah!
READ MORE - PENGAKUAN RAJA PETRA TENTANG KES ALTANTUYA

Feb 2, 2011

LUAHAN HATI DARIPADA SEORANG PENDUDUK LABIS...


Ini merupakan satu komen luahan rasa daripada seorang penduduk di Kg Paya Merah Labis berkenaan gelagat segelintir penyokong parti politik ketika berlakunya air bah di Labis pada hari pengundian dijalankan yang tersiar di laman blog :

Di bawah adalah komen yang tersiar di laman blog tersebut :


Tanpa Nama said...

salam semua saya org Labis dan rumah saya menjadi bilik gerakan bg jentera UMNO Cawangan LAbis di Kg Paya Merah dan dibantu oleh UMNO Sekijang. Bila kami dpt tahu kg dah naik air dan rumah saya terlibat sama,kami terpaksa hentikan kerja-kerja meraih undi utk pilihanraya.dan masa itu hanya mengharapkan bantuan dr peraih2 undi dr UMNO Bahagian lain.... apa yg berlaku pada malam mengundi di kampung kami ialah

1) Puak2 PAS mula membuah kecoh dengan meronda sekitar kg2 kami dr pagi hingga ke tengah malam

2)menumpang dan memenuhi surau di kg kami.dimana bila Ayah saya sebagai pengerusi surau menghalang mereka dpd tidur didalam surau sbb arahan dpd pekeliling.Ketua kg turut serta pada mlm itu.tp mereka seperti tunggul dan pekak serta buta mata bile diminta keluar dr surau tersebut.

3) keesokkannye,mereka sengaja parking kereta mereka sehinggakan penuh sepanjang jalan di tepi surau dan didlm kawasan parking.mereka juga menggantung banner mengeji calon BN ... sungguh kurang ajar.alasan mereka ialah supaya berlaku kesesakan dan menyukarkan org kg untuk keluar mengundi dan meyukarkan pergerakan kenderaan2 BN.

4) bila mana pada petang hari pembuangan undi berlaku,kg kami dilanda banjir besar.dan mangsa2 banjir duduk sementara di dewan serbaguna kg paya merah.dan kawasan Labis juga terputus hubungan dengan mana2 kawasan.maka terdpt beberapa org dr puak PAS ygtak PASS nak kuar dr Labis..dan mereka ini terperangkap dan menumpang disurau paya merah.sedangkan penempatan dibuka di dewan dan balai raya kg. apa yg saya kesalkan bila mana mereka2 ini MENCURI bekalan makanan untuk mangsa banjir. mangsa banjir kali ini ramai kira2 300 org. nasi,lauk pauk, sardin, biskut.air mineral.apabila ini berlaku, mangsa2 banjir ini termasuk saya menjadi marah kerana mereka sanggup mencuri makanan,sedangkan mereka boleh meminta dpd kami.kami bukan zalim seperti mereka. bila kami pergi mengundi mereka menjerit2 memaki hamun kami.bila kami bawa pengundi2 kami, kami dilempar dengan kata2 kesat...

alhamdulillah walaupun kami ditimpa musibah seperti ini tp ade hikmahnye.arinih kite nampak mcm mana keikhlasan pemimpin PAS dlm mentadbir negara...jika mereka ikhlas,kalau kalah pon mereka tetapmembantu..betul tak...????ini keputusan belum keluar muka2 mereka terus dah takde...hahahaha alasan banjir...alhamdulillah Allah tunjukkan siapayg benar dan siapa yg tidak

zera yatt zeirahmd@yahoo.com

READ MORE - LUAHAN HATI DARIPADA SEORANG PENDUDUK LABIS...

Jan 31, 2011

BN MENANG MAJORITI 3707 UNDI


Alhamdulillah, setinggi puji-pujian kepada Allah di atas kemenangan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim @ Tok Ai dalam pilihanraya kecil DUN Tenang. Tahniah diucapkan kepada jentera-jentera kerja BN yang bertungkus lumus berusaha memastikan kemenangan calon BN sejak seminggu yang lalu.

Kepada Tok Ai, adalah menjadi harapan agar amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, ikhlas dan tanpa memilih bulu. Mungkin khidmat pertama-tama yang boleh dilakukan oleh Tok Ai ialah membantu rakyat di sekitar Labis yang menjadi mangsa banjir kilat pada hari pengundian di Tenang.

Semoga kemenangan ini akan menjadi penyuntik semangat dan pencetus kepada kemenangan di pilihanraya kecil yang seterusnya.

Laporan Utusan Malaysia :

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.

Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.

Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.



READ MORE - BN MENANG MAJORITI 3707 UNDI

Nov 1, 2010

DR. ASRI SARANKAN ANWAR BERSARA DARI ARENA POLITIK


Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama.

Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:

1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.

2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah (amanah).

Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula.

3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkan DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi.

Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.

Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.


sumber :drmaza.com



p/s : Apa macam...ada berani?
READ MORE - DR. ASRI SARANKAN ANWAR BERSARA DARI ARENA POLITIK

Oct 8, 2010

MASYARAKAT BERBILANG BANGSA RAIKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI GAGASAN PEMUDA EHSAN


Alhamdulillah, rumah terbuka Aidilfitri anjuran Gagasan Pemuda Ehsan iaitu gabungan 10 Cawangan UMNO di sekitar Taman Ehsan meriah dengan kehadiran lebih 300 penduduk berbilang bangsa pada malam itu. Sesunguhnya, kehadiran masyarakat setempat tanpa mengira faktor usia dan bangsa, membuktikan bahawa perpaduan dan keharmonian diantara penduduk Taman Ehsan semakin utuh terjalin dan mudah-mudahan ia akan berkekalan untuk selamanya.

Sabar...sabar...mungkin itu agaknya yang dikatakan oleh wanita itu...

Beratur mengambil hidangan masing-masing

Lebih dari 300 orang penduduk di sekitar Taman Ehsan yang hadir...

Keharmonian dan perpaduan kaum terserlah....

Antara penduduk yang hadir...

Rendangnya sedap...kita cuba puding ini pula-Kata Uncle ini kepada anaknya...

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Harrison Hassan bergambar bersama ketua pemuda Gagasan dan barisan AJK dan penyelaras program Rumah Terbuka Gagasan Pemuda Ehsan

ADUN Paya Jaras merangkap Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Bushro Mat Johor bergambar kenang-kenangan bersama jemaah Surau Taman Ehsan

Dato Bushro sedang bertanya khabar...

Dato Bushro bergambar bersama dengan ahli cawangan, pemuda Taman Ehsan dan masyarakat

Dato Bushro sedang berucap...

Naib Ketua Pemuda UMNO Taman Ehsan, Hj Muhd Fairuz bin Hj Darwis bersama Fendi, seorang sahabat lama.

Antara penduduk setempat yang hadir...

Geng-geng AJK Bahagian dan Pemuda Subang...

ANTARA RAKAN-RAKAN YANG HADIR....






AJK serta Ketua-Ketua Pemuda Gagasan Pemuda Ehsan mengucapkan terima kasih daun keladi, InsyaAllah tahun depan panjang umur dan murah rezeki, kita berjumpa lagi kepada Dato Bushro Mat Johor, Harrison Hassan dan kesemua rakan-rakan serta masyarakat yang hadir bagi memeriahkan jamuan rumah terbuka Aidilfitri anjuran Gagasan Pemuda Ehsan...
READ MORE - MASYARAKAT BERBILANG BANGSA RAIKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI GAGASAN PEMUDA EHSAN

Sep 30, 2010

CUKUPLAH GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA....

Ahli Parti Keadilan Rakyat, S. Kottapan mendakwa telah dibelasah oleh ADUN Andalas, Dr. Xavier Jayakumar ketika berlangsungnya pemilihan PKR peringkat Cabang (bahagian) Kota Raja-Gambar Utusan Malaysia

Mesyuarat Cabang (kalau dalam Pekembar dipanggil Bahagian) PKR Wangsa Maju. INgatkan mesyuarat Ranting (Cawangan)...


Ini pun salah satu mesyuarat Cabang (Bahagian) AMK Batu Muda...ramai tul ahlinya. Kebanyakkan pakai baju hitam...


Apa dah jadi beb!? Kertas-kertas undi pemilihan Cabang bertaburan akibat dilempar oleh sebahagian ahli yang tidak berpuas hati dengan ketelusan pemilihan.



Baru peringkat Cabang (Bahagian) dan kecoh macam ni...Kalau setakat peringkat cabang pun tak boleh nak tadbir...macam mana nak tadbir negara?




Akhbar Sinar melaporkan kekecohan yang berlaku dalam pemilihan peringkat Ranting, Cabang PKR yang berlansung baru-baru ini....


DAN YANG PALING TAK SYOK DAN KELAKAR
BILA ADA KENYATAAN INI SEMUA ANGKARA UMNO

ISH...ISH...ISH...

SUDAH-SUDAH LAH TU WEI!

RAKYAT MALAYSIA BUKANNYA BODOH!
READ MORE - CUKUPLAH GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA....

MENGHADAPI RAGAM PEMIMPIN DENGAN DOA

Dari hari ke sehari, fitnah politik yang melanda agak menyesakkan. Pelbagai isu berlaku dan masing-masing bertindak mahu menjadi juara pidato! Tidak kurang di antara mereka yang bertindak membelasah sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengannya.

Namun, apa yang mahu saya ulas bukanlah menambahkan lagi kekeruhan dan kekusutan dalam sebuah pertembungan yang telah sedia berlangsung. Tetapi, saya mengajak untuk muhasabah diri dan kembali merenung prinsip-prinsip yang ditinggalkan oleh para ulama generasi awal dalam menghadapi pelbagai bentuk fitnah politik dan kepimpinan sesebuah negara.

Kemunculan pelbagai fitnah politik, kepelbagaian sikap pemimpin, serta sikap-sikap kepembangkangan dalam isu-isu kepimpinan bukanlah suatu yang asing dalam sejarah umat Islam. Bahkan ia telah dikhabarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Persoalannya, apakah saranan dan tindakan yang diperintahkan oleh agama kepada kita semua dalam menghadapi mehnah politik tersebut? Jadi, itulah yang mahu kita lihat dan renung-renungkan.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):
“Bahawasanya kamu nanti akan menemui atsarah (pemegang amanah (pemimpin) yang tidak memenuhi amanahnya). Maka bersabarlah sehingga kamu menemuiku di haudh.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 13/224, no. 3985. Muslim, 5/291, no. 1758)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan: “Hadis ini mengandungi anjuran untuk mendengar dan taat kepada pemerintah, walaupun ia merupakan seorang yang zalim dan mementingkan dirinya. Maka berikanlah haknya (sebagai pemimpin) iaitu berbentuk ketaatan, tidak keluar dari mentaatinya, dan tidak menjatuhkannya. Tetapi (perbuatan yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim adalah) dengan bersungguh-sungguh lebih mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala supaya Allah menghilangkan gangguan/siksaan darinya, menolak kejahatannya, dan supaya Allah memperbaikinya (kembali taat kepada Allah dengan meninggalkan kezalimannya).” (Syarah Shohih Muslim, 12/232)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan: “Aku telah menyebutkan di perbahasan yang lain bahawa punca kepada masalah yang berlaku kepada penguasa, kemudian para menterinya, hakim-hakimnya, dan para panglimanya bukan hanya perlu dilihat dari kekurangan diri mereka sahaja, akan tetapi kerana kekurangan para pemimpin dan rakyat sekaligus, kerana sebagaimana keadaan kamu, maka begitulah akan dijadikan pemimpin untuk kamu. Allah Ta’ala berfirman:
“Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman/pemimpin bagi sebahagian yang lain.” (Surah al-An’am, 6: 129) Telah diketahui dan ditetapkan secara masyhur di selain tempat ini bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan supaya mentaati para pemimpin selagi mana bukan dalam urusan maksiat, (bertindak) menasihati mereka, bersabar di dalam menerima keputusan dan ketetapan mereka, berperang bersama-sama mereka, solat di belakang mereka, dan mengikuti mereka di dalam perkara-perkara yang baik yang tidak dilaksanakan melainkan oleh mereka.” (Majmu’ al-Fatawa, 35/20-21)

Demikian nasihat para ulama dalam menghadapi fitnah politik. Kita tidak seharusnya menyandarkan apa yang berlaku semata-mata ke atas tubuh badan pemerintah, tetapi sebaliknya perlu melihat secara keseluruhan dan bertindak dengan syar’i. Iaitu dengan memperbaiki pegangan agama kita dalam persoalan iman dan amal-amal soleh agar sentiasa selari dengan ketetapan nash-nash yang sahih. Seterusnya hendaklah sentiasa membantu dan bersama-sama pemimpin melaksanakan kebaikan serta saling menasihati, serta saling mendoakan kebaikan untuk pemimpin Islam dan umat Islam secara umum. Kerana kebaikan pemimpin itu amat bermanfaat kepada semua pihak.

Al-Hafiz Abu Bakar al-Ismaili rahimahullah (Wafat: 371H) berkata: “Dan mereka (ahli hadis) berpandangan disyariatkan berdoa untuk kebaikan para pemimpin umat Islam dan supaya mereka berubah untuk bersikap adil dan mereka juga berpandangan tidak boleh memberontak terhadap mereka dengan senjata dan hendaklah umat Islam tidak turut serta melibatkan diri dalam perselisihan ketika berlakunya fitnah (pertikaian di antara kaum muslimin) dan mereka juga berpandangan akan wajibnya memerangi golongan yang zalim yang dilakukan bersama-sama pemimpin yang adil apabila ditentukan kesesuaiannya di atas syarat yang mereka tetapkan dalam perkara tersebut.” (I'tiqad A'immatul Hadits, m/s. 75-76)

Imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) meriwayatkan daripada Abu ‘Utsman, katanya: “Nasihatilah para pemimpin, banyakkanlah berdoa untuk kebaikan dan kebenarannya dalam beramal dan dalam ucapan serta ketika memutuskan hukuman. Maka, apabila mereka baik, maka akan baiklah rakyatnya. Berhati-hatilah kamu, jangan sampai mendoakan keburukkan atau melaknat mereka, kerana yang demikian itu hanya akan menambahkan keburukkan ke atas umat Islam. Tetapi, mintakanlah keampunan kepada Allah untuk penguasa semoga mereka meninggalkan perbuatan yang buruk yang dengannya akan dihilangkan musibah umat Islam pula.” (Syu’abul Iman, 6/26, no. 7401)

Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H): “Jika kamu melihat orang yang mendoakan keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insya-Allah. Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku memiliki doa yang baik yang dimakbulkan, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Beliau ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, maka ia hanya bermanfaat untuk diriku, tetapi apabila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikannya.” Demikianlah kita diperintahkan supaya mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, walaupun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat. Kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri manakala apabila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh umat Islam akan merasakan kesan kebaikannya.” (Syarhus Sunnah, m/s. 83-84)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Doa seseorang muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya tersebut adalah doa yang mustajab (dikabulkan). Di sisinya ada malaikat. Ketika dia berdoa kebaikan kepada saudaranya, malaikat tersebut mengatakan: “Amin, engkau akan mendapatkan yang sama dengannya.”.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/271, no. 4914)

Begitulah sikap para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah dalam berhadapan dengan fitnah politik dan ragam para pemimpin. Mereka tetap melaksanakan ketaatan kepada pemerintah sebagaimana saranan agama. Mereka tidak suka kepada pemberontakan sama ada yang dilakukan dengan lisan seperti menebar aib, menghina, mencaci, memaki hamun, menghambur kesalahan penguasa di media-media terbuka, dan memalukan pemerintah. Apatah lagi pemberontakan secara kekerasan seperti melakukan demonstrasi jalanan, provokasi, dan pelbagai lagi bentuk-bentuk lainnya yang hanya membawa kepada kesan yang jauh lebih buruk bukan sahaja kepada diri pelaku, malah kepada masyarakat umum seluruhnya. Tetapi pendirian mereka adalah dengan mengambil sikap menasihati, memperkuatkan kesabaran, sentiasa memperbaiki diri dengan ilmu, dan mendoakan dengan doa-doa kebaikan.

Dari itu, fahamilah perkara ini dengan ilmu yang syar’i di atas prinsip-prinsip yang benar sebagaimana dijelaskan oleh para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah. Dan bukan dengan prinsip-prinsip para tokoh yang menyimpang sebagaimana kaum khawarij yang sering mengumandagkan prinsip-prinsip kepembangkangan dan pemberontakan saban waktu.


sumber :http://an-nawawi.blogspot.com/2010/09/menghadapi-ragam-pemimpin-dengan-doa.html
READ MORE - MENGHADAPI RAGAM PEMIMPIN DENGAN DOA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com