Jan 31, 2011

BN MENANG MAJORITI 3707 UNDI


Alhamdulillah, setinggi puji-pujian kepada Allah di atas kemenangan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim @ Tok Ai dalam pilihanraya kecil DUN Tenang. Tahniah diucapkan kepada jentera-jentera kerja BN yang bertungkus lumus berusaha memastikan kemenangan calon BN sejak seminggu yang lalu.

Kepada Tok Ai, adalah menjadi harapan agar amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, ikhlas dan tanpa memilih bulu. Mungkin khidmat pertama-tama yang boleh dilakukan oleh Tok Ai ialah membantu rakyat di sekitar Labis yang menjadi mangsa banjir kilat pada hari pengundian di Tenang.

Semoga kemenangan ini akan menjadi penyuntik semangat dan pencetus kepada kemenangan di pilihanraya kecil yang seterusnya.

Laporan Utusan Malaysia :

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.

Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.

Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.



1 comments:

Blog 1 Malaysia said...

tahniah..











Tektik kotor - Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
http://blog1malaysia.blogspot.com/

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com