Apr 26, 2012

Jentera Penerangan Jangan Tunggu Dekat Pilihanraya – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR, 12 April – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan meminta semua jentera penerangan UMNO peringkat bahagian dan cawangan untuk merencanakan program penerangan kepada masyarakat bermula dari sekarang.
Jelas beliau, ini adalah masa yang sesuai untuk jentera penerangan baik di peringkat bahagian dan cawangan turun ke akar umbi di sekitar kawasan mereka, untuk memberi penerangan kepada masyarakat sekeliling dalam apa juga bentuk pendekatan sekalipun.
“Program penerangan yang dilakukan tidak hanya tertumpu kepada ceramah-ceramah umum sahaja, tetapi pengedaran risalah kepada orang awam, program turun padang bertemu dengan pengundi di kawasan masing-masing dan juga penerangan melalui media baru seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya,” jelas beliau yang di temui di pejabat UMNO Bahagian Pandan ketika sesi lawatan ke ‘war room’ UMNO Bahagian Pandan.
Tambahnya lagi, jentera-jentera penerangan UMNO di seluruh negara perlu memanfaatkan segala ruang termasuk bertemu dengan rakyat dan pengundi secara berdepan, menggunakan media cetak, media digital mahupun media elektronik, dalam usaha untuk menyampaikan maklumat secara tepat kepada masyarakat bagi memperjelaskan usaha-usaha kerajaan disamping  menangkis fitnah-fitnah yang dilontarkan pihak pembangkang terhadap usaha yang dilakukan kerajaan.
“Namun saya mahu ingatkan, janganlah kita meletakkan beban ini hanya semata-mata di atas bahu ketua penerangan baik di peringkat bahagian atau cawangan sahaja. Kesemua ahli UMNO sebenarnya perlu mengambil tanggungjawab ini.
“Penerangan boleh dilakukan di mana sahaja seperti di kedai-kedai kopi atau majlis keramaian contohnya. Kita sebagai ahli UMNO perlu menjadi agen-agen penerangan biar di mana sahaja kita berada,” jelas beliau.
Program penerangan ini menurut beliau, adalah penting dalam usaha untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN dan bagi  memastikan rakyat mendapat info yang sebenar tentang penipuan janji-janji dan pelbagai  fitnah yang dilontarkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan.
“Sebagai contoh, pembangkang menabur janji konon-kononnya sekiranya mereka diberi kuasa, maka mereka akan menurunkan harga minyak,  menghapuskan hutang PTPTN, menghapuskan tol dan juga menyeleraskan gaji minumum sebanyak RM 4 ribu.
“Jika dilihat semula, segala janji yang ditabur oleh pembangkang itu sesetengahnya tidak logik sama sekali, dan ada pula yang sebenarnya sudah  boleh mereka laksanakan, tetapi sehingga har ini masih tidak dilaksanakan oleh pihak pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasai.
“Contohnya, penghapusan tol.  Mereka berjanji untuk menghapuskan tol sekiranya berkuasa namun, sehingga kini tol di Pulau Pinang masih lagi tidak dihapuskan, sedang pemerintahan negeri tersebut di dalam tangan mereka.
“Begitu juga penurunan minyak petrol. Saya cabar mereka supaya menurunkan dulu harga minyak di empat buah negeri yang mereka kuasai. Mereka boleh menurunkan harga minyak dengan syarat kerajaan negeri di bawah pimpinan mereka sanggup untuk menanggung kos subsidi rakyat,” ujarnya lagi.
Namun jelas sehingga ke hari ini, kata beliau lagi tidak ada apa pun yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang tentang segala perkara yang mereka janjikan kepada rakyat,  kecuali hanya menjalankan propaganda dan menabur fitnah untuk  memburuk-burukkan kerajaan bagi mempengaruhi rakyat.
“Mereka hanya tahu berjanji tetapi janji-janji itu tidak logik dan hanyalah  janji kosong semata untuk memperdayakan rakyat di negara ini demi  kepentingan politik mereka,” tegasnya. -MediaUMNO

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com