Jun 8, 2012

Kesan DAP Tumpu Projek Mewah Tanah Orang Melayu Tinggal Kurang 23 Peratus


PULAU PINANG, 8 Jun – Tanah hak milik orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal kurang dari 23 peratus berbanding lebih 60 peratus beberapa tahun lalu apabila ramai dikalangan orang Melayu yang menjual tanah mereka kepada pemaju hartanah ekoran tawaran harga tinggi yang ditawarkan kepada mereka.
Perkara ini didedahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibnihajar yang mendakwa kini, ramai orang Melayu telah menjual tanah-tanah mereka di kawasan Balik Pulau dan kini projek pembinaan rumah mewah di tanah-tanah Melayu yang terjual itu sedang rancak dijalankan.
“Perkara ini memang amat membimbangkan. Apatah lagi, rumah-rumah yang mereka (Kerajaan DAP) bina hari ini, berharga ratusan ribu malah ada yang mencecah jutaan ringgit.
“Sudah tentu, rakyat di negeri Pulau Pinang, terutama golongan sederhana khususnya orang-orang Melayu tidak akan mampu untuk membeli rumah-rumah tersebut. Bahkan, peniaga-peniaga yang terdiri dari kaum Cina di Pulau Pinang  sendiri  tidak mampu untuk membeli rumah-rumah berkenaan,” jelas beliau kepada UMNO Online  di sini hari ini.
Tambahnya lagi, rumah-rumah mewah tersebut kebanyakkan dijual kepada orang-orang luar seperti warga dari Singapura dan Hong Kong, untuk dijadikan sebagai rumah kedua bagi warga negara dari luar tersebut.
Apa yang beliau kesalkan, setakat ini kerajaan DAP yang mendakwa sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat, tidak menumpukan perhatian untuk membina rumah-rumah kos rendah untuk rakyat berpendapatan sederhana di negeri tersebut.
“Saya lihat Penang Development Corporation (PDC) yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membina rumah kos rendah ini pun sudah mula lari dari tujuan asalnya. Manakala, bukit-bukit di sekitar kawasan Balik Pulau juga sudah mula ditarah untuk dibina kondominium yang berharga ratusan ringgit,” jelasnya.
Tambahnya, antara kawasan-kawasan bukit yang kini sedang ditarah untuk projek pembinaan rumah-rumah mewah adalah   di sekitar kawasan Teluk Bahang dan  Batu Feringgi.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendedahkan bahawa orang Melayu yang memiliki tanah di kawasan ini kini dihujani tawaran supaya mereka menjualnya kepada sebuah syarikat pemaju swasta untuk dibangunkan
“Sehingga kini, orang-orang Melayu masih ada yang menjual tanah mereka kepada pemaju, biarpun kita sudah menasihati mereka agar tidak gelap mata dalam hal ini. Masakan tidak, kini harga tanah di Pulau Pinang boleh mencecah RM 40 sekaki.
“Kita hanya mampu menasihati mereka,agar tidak gelap mata dengan tawaran harga yang tinggi yangdiberikan oleh pemaju, tetapi jika mereka mahu juga menjual tanah pusaka hak milik mereka itu, kita tak boleh nak buat apa-apa,” jelasnya

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com