Oct 13, 2008

HARISSON HASSAN MENANG JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SUBANG

Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh : Naib Ketua Pemuda Bahagian Subang, Harisson Hassan berjaya mengalahkan pencabarnya, Mohd Rafiq Abdullah dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda Bahagian Subang yang berlansung di Kelab Golf Rahman Putra di sini semalam.

Dengan itu, secara rasminya, kini Harisson Hassan terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang selepas Megat Firdaus Megat Junid yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Subang. Dalam pemilihan tersebut, Harisson memperolehi undi sebanyak 224 manakala pencabarnya, Rafiq Abdullah mendapat 91 undi daripada 331 perwakilan.
Manakala dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Subang, Naib Ketua Bahagian Subang, Dato Ir Bushro Mat Johor telah terpilih sebagai Ketua Bahagian Subang yang baru menewaskan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Zein Isma.

p/s : Alhamdulillah, pemilihan berjalan lancar dan tenang. Perubahan telah dilakukan oleh perwakilan Pemuda Subang. Kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang baru, tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan. Tahniah kepada semua perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Subang kerana BERANI BERUBAH!!!

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com