Katanya, "ADUN UMNO pun dah masuk PKR," katanya merujuk kepada Datuk Nasaruddin, ADUN Bota yang keluar dari UMNO dan menyertai PKR.
Penulis hanya tersenyum mendengar pelawaan secara terhormat itu.
Tapi, itu hanya perancangan manusia. Perancangan ALLAH? Tiada siapa yang tahu. Dengan kehendak ALLAH, akhirnya, Pakatan Rakyat (PR) bukan bertambah kuat dengan kehadiran ADUN Bota tersebut, sebaliknya tersungkur apabila tiga daripada ADUN mereka sendiri berpaling tadah dan kemudiannya diikuti oleh ADUN Bota yang juga bertindak keluar dari PR semula.
Begitulah sekiranya ALLAH mengkehendaki untuk menguji hamba-hamba-Nya. Dulu Allah menguji dan menyedarkan hamba-hamba-Nya yang berjuang di dalam UMNO dengan tsunami politik yang mengakibatkan kehilangan kuasa di lima buah negeri, dan kali ini, Allah menguji pula hamba-hamba-Nya yang bergerak di dalam PR dengan mencabut kekuasaan mereka hanya di sebuah negeri.
Namun, perkara itu tidak dapat diterima oleh sebahagian daripada penyokong PR, malah MB Perak sendiri. Biarpun Sultan sudah mengarahkan beliau meletakkan jawatan, namun beliau berdegil dan memohon sembah derhaka untuk terus memegang jawatan tersebut, dan tidak menghiraukan perintah Sultan.
Namun, undang-undang tetap undang-undang. Akhirnya, secara sah, kerajaan Perak akhirnya jatuh ke tangan BN semula.
Malangnya, penyokong PR, terutama di kalangan ahli PAS, tidak dapat menerima perkara tersebut. Mereka membantah dengan mencaci maki Sultan, menghina Sultan, mengadakan demostrasi di hadapan masjid Ubudiah tanpa ada rasa hormat, malah bertindak kurang ajar dengan menahan kereta Istana ketika majlis upacara angkat sumpah MB baru akan diadakan.
Inikah sikap seseorang yang menggelarkan diri mereka itu pejuang Islam? Mereka sanggup mencaci maki, menghamun dan menghina seorang khalifah mereka sendiri, hanya kerana mahukan kuasa. Apakah dasar matlamat perjuangan mereka? Islam atau pun kuasa?
Bukankah Islam mengajar, selagi pemimpin kita beragama Islam, selagi dia tidak menyuruh kita melakukan perbuatan syirik kepada Allah, dan menghalang kita daripada beribadah kepada Allah, maka pemimpin itu harus kita taati.
Soal dosa yang dilakukan oleh pemimpin itu, serah ajalah pada Allah. Setiap insan pasti berdosa dan tersilap. Bahkan para Nabi dan Rasul juga melakukan kesilapan, apatah lagi manusia biasa seperti kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah menegur dan berdakwah dengan cara yang lembut dan betul.
Dulu, ketika kecelaruan yang melanda Terengganu yang melibatkan Sultan dalam krisis MB Terengganu, akhbar Harakah heboh mengatakan bahawa UMNO menderhaka pada Sultan dan membesarkan-besarkan isu sepanduk yang menghina Sultan dengan meletakkan ia sebagai gambar front page.
Hari ini, bagaimana kita mahu mentafsirkan sikap ahli dan pemimpin PAS itu sendiri apabila keadaan ini berlaku kepada mereka? Apakah sikap mereka yang memaki hamun Sultan, mencaci dan menghina institusi Raja di negara ini, adalah satu perbuatan yang mulia, beradap, bersopan santun serta memberi contoh yang baik kepada masyarakat?
Apa yang berlaku hari ini, tepat sekali dengan pepatah melayu yang berbunyi, Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang lebih!
Jika ada sesetengah ahli PR, terutama ahli dan pemimpin PAS yang mengatakan bahawa kita perlukan kuasa untuk menegakkan Islam, maka di sini, penulis paparkan tulisan Syeikh Abul Hassan Ali An Nadhwi, seorang ulama tersohor yang berdakwah bukan hanya di kalangan rakyat biasa, tetapi turut berdakwah kepada pemimpin-pemimpin Islam di seluruh dunia.
sambung baca di http://gagasan-pemuda.blogspot.com/
2 comments:
mencabut kuasa melalui RASUAH.
Tun Mahathir, Idris Jusoh, Anuar Musa lagi hebat menderhaka kpd sultan.
Bapa Tajol Rosli, bekas MB dulu pun menderhaka kpd sultan. sultan nak pecat dia, tapi dia berdegil taknak berhenti, sampai lah sultan sedar baginda tiada kuasa memecat MB. Hanya melalui persidangan DUN saja MB boleh dipecat.
Rasanya mereka bukan tak terima hakikat kejatuhan PR tapi caranya tu tidak betul kalau kita buka semula Perlembagaan Perak. Kita hidup dengan undang2 malah undang2 yang terbaik adalah dari Allah iaitu Al Quran dan sunnah Rasulullah. So apa pun kita kena la hormat perlembagaan yang telah kita sama2 gubal dari dulu sebagai pegangan untuk bernegeri atau berkerajaan, tak gitu tuan???
Post a Comment