Satu SMS diterima penulis.
Asm. Wbt. Kepada seluruh anggota masyarakat Melayu di Malaysia. Dengan hormatnya dimaklumkan mengenai adanya rancangan mengadakan rapat raksaksa di Kuala Lumpur untuk mendesak PM yang ada sekarang supaya cepat berhenti. Mohon sokongan semua anggota masyarakat Melayu yang cintakan agama, bangsa dan tanahair. Mesej dari TS Sanusi Junid.
Sebelum ini kedengaran, Matthias Chang mendesak ahli-ahli UMNO berhimpun di Ibu Pejabat UMNO di PWTC dan tidak meninggalkan premis hingga Pak Lah mengundur. Kali ini satu SMS yang dikatakan dihantar oleh Tan Sri Sanusi Junid pula mengumumkan satu rapat raksaksa akan diadakan dan ia mengajak orang-orang Melayu menuntut Pak Lah mengundur.
Desakan ini mungkin timbul dari kata-kata bahawa Abdullah masih enggan mengundur. Sejak dari Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO minggu lepas, desakan menuntut mengundur dari hampir semua ahli Majlis Tertinggi UMNO begitu jelas dan terang, melainkan dua tiga orang sahaja. Abdullah telah bersedia menyatakan masanya dan dijangka ianya adalah sebelum Oktober 9hb.
Dari maklumat terbaru yang diterima, Pak Lah dikatakan sudah bertukar fikiran. Dato Ahmad Talib dalam blognya, Pahit Manis pada tengah malam tadi memberitahu terdapat usaha yang diketuai oleh Dato Tengku Adnan, Setiausaha Agong UMNO bersama seorang Ketua Perhubungan Negeri dan seorang ahli Majlis Tertinggi yang telah mendesak Pak Lah mempertahankan jawatannya.
Blog Cuit Sikit mendedahkan Setiausaha Politiknya, Dato Che Alwi dari Ketereh, Ketua Unit Polisi, Dato Zaki Zahid dan anak menantu Khairy Jamaluddin meyakinkannya bahawa seramai 100 pencalunan Bahagian boleh diperolehi.Untuk bertanding jawatan Presiden UMNO untuk bulan Disember ini, calun perlu memperolehi 58 pencalunan Bahagian.
Kuota ini pencalunan yang diperkenalkan semasa zmaan Tun Dr Mahathir menyandang Presiden telah dikecam dan dituntut supaya dihapuskan kerana ia mengekang demokrasi dan menjadi punca suasana takut dalam parti UMNO.
Pihak media perdana yang dikuasai Tingkat 4 masih berusaha untuk menyelamatkan keadaaan dengan putarbelitnya. Paling ketara adalah laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang menyatakan Tan Sri Muhammad Muhamamd Taib menafikan tekanan MT menuntut undur. Malah diselit pembohongan menyatakan peralihan kuasa 2010 masih kekal.Blog Cuit Sikit menyatakan Muhammad Taib tidak mendapat sokongan Bahagian di Selangor. Dari 22 Bahagian, 19 Bahagian UMNO di Selangor memutuskan untuk mencalonkan calon lain dari Pak Lah bagi jawatan Presiden UMNO.
Sementara itu, Dato Mukhriz Mahathir dalam satu Majlis Berbuka Puasa di Johor Baru mengingatkan perlunya "Berani Berubah" untuk memastikan UMNO masih releven dengan menghadapi cabaran masakini untuk terus memerintah. Beliau menuntut Abdullah mengundurkan diri segera. Katanya, Abdullah perlu menerima hakikat yang ahli-ahli akar umbi Umno mahukan perubahan dan kepimpinan perlu diserahkan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
sumber http://anotherbrickinwall.blogspot
p/s : Betul ke ni... bukan apa, sekarang ni banyak khabar angin kus-kus... tapi takpa, kita tunggu dan lihat..
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment