Sep 22, 2008

PENJELASAN PROF KHOO KAY KIM TENTANG HAK BANGSA MELAYU DAN KAUM LAIN

“Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British.

Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara.

Jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepas tahun 1957 tapi sudah ada sebelum itu lagi……. Masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latarbelakang sejarah terutama sekali generasi muda.

Dia hanya tahu kata “ooh saya pun warganegara kenapa kedudukan saya lain….” Kedudukan zaman sekarang ini mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu di ajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah” .- PROF. EMERITUS DATUK KHOO KAY KIM

(AKHBAR SIASAH, 3-16 NOVEMBER 2006)."
p/s : Sejarah itu memang penting. Bangsa yang tidak tahu sejarah, bangsa itu akan sesat dan terikut-ikut peradaban orang lain. Tidak ada jatidiri. Sejarah patut diajar sejak dari kecil. Kementerian Pelajar patut adakan semula subjek sejarah dari peringkat sekolah rendah. Jika tak tahu sejarah, inilah jadinya...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com