Sep 12, 2008

HANYA BAHASA KEBANGSAAN UNTUK PAPAN TANDA-DBKL

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan meluluskan penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup berkata, sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang “terlarang”, DBKL akan menurunkannya dengan segera.

“Orang lain tidak boleh senang-senang pasang papan tanda, hanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang boleh melakukannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Salleh berkata, beberapa papan tanda nama jalan bertulisan jawi sudah diterima pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat dan kerana itu, ia tidak diturunkan.

Beliau diminta mengulas isu yang mengaitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang mahu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.

Utusan Malaysia hari ini menunjukkan gambar Teresa berada di bawah papan tanda contoh yang dipasang oleh DAP di Jalan Bukit Bintang, yang telah ditiadakan tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan Cina dan Tamil. Contoh papan tanda itu belum diluluskan DBKL.

sumber Bernama/Utusan Online

1 comments:

Anonymous said...

Tulisan Jawi itu tulisan bahasa siapa? Tulisan Cina dan Tamil itu tulisan siapa? Yang mana yang asal (tempatan) dan yang mana 'pendatang'. Mana tulisan kaum dan mana tulisan bangsa. Di negara ini Melayu adalah bangsa dan bukannya kaum. Cina dan India adalah kaum di negara ini. Layakkah tulisan asing itu dimartabatkan di negara ini sebagai kebangsaan atau dijadikan jati diri kenegaraan? Maknanya di sini, tulisan yang diperjuangkan oleh kaum Cina dan India itu bersifat rasis dan perkauman dan bukannya kebangsaan/kenegaraan pun. Perlukah tulisan asing ini diletakkan di papan tanda atau perlu dilarang terus daripada digunakan di negara ini. Tulisan Cina dan India itu sebenarnya layak dimartabatkan di tanah asal keturunan mereka dulu dan bukannya di sini.

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com