Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Muhyiddin enggan berbuat demikian, Abdullah pula mempunyai kuasa untuk memecat beliau.
''Perkara ini cukup mudah, jika Muhyiddin tak puas hati dan tidak yakin dengan Abdullah, beliau harus meletakkan jawatan sebagai menteri,'' katanya.
Zaid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran bertajuk Wallscapes: Catan Merdeka oleh Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei dan Dunia Ketiga oleh Shen Jiawei di Galeri Petronas di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Naib Presiden UMNO itu yang mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.
Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.
Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah 'tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.
Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah 'tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.
Zaid menegaskan Abdullah tidak wajar memiliki menteri seperti Muhyiddin yang cuba mempertikaikan kepimpinannya.
''Jika saya tidak berpuas hati dengan Abdullah tindakan yang akan saya ambil adalah meletakkan jawatan,'' katanya.
Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar mana-mana pemimpin tertinggi UMNO yang mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri.
Kata beliau, perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan amat mendukacitakan seolah-olah satu sokongan yang membawa rebah.
Kata beliau, perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan amat mendukacitakan seolah-olah satu sokongan yang membawa rebah.
''Saya amat sakit hati, dukacita dan kecewa kerana orang yang dipercayai oleh Abdullah semakin hari semakin menuding jari kepada Perdana Menteri,'' katanya.
sumber Utusan Online
p/s : Rileks la Dato. Jangan garang sangat. UMNO bukan milik individu. Semuanya nak dipecat, nak digantung...susahlah. Sapa lagi yang tinggal dalam UMNO nanti? Takkan nak bersuara pun tak boleh...sesuatu kenyataan yang dibuat... mesti ada sebabnya. Betul tak Dato?
0 comments:
Post a Comment