Aug 12, 2009

SIAPA KUASAI SIAPA DI SELANGOR?

Sikap beberapa orang pemimpin dari DAP sejak kebelakangan ini, cukup jelas menampakkan ciri-ciri keangkuhan bagaikan seorang Firaun yang baru menaiki takhta.

Biarpun ubun-ubun masih lembik dalam sistem pentadbiran negeri, namun ada beberapa pemimpin DAP yang cuba menunjuk belang memperlihatkan sikap mereka yang amat rasis, salah guna kuasa dan juga tidak boleh ditegur.

Telah diberitakan kepada kita, secara jelas, bahawa salah seorang pemimpin DAP, Ronnie Liew dengan angkuhnya cuba menunjukkan kuasanya sebagai EXCO negeri, dengan cuba campur tangan dalam urusan PBT yang melibatkan kes penjualan arak.

Dan lebih seronoknya Ronnie, apabila ada MB Selangor dari PKR yang menyokongnya dengan membuat kenyataan, bahawa Selangor membenarkan penjualan arak di bawah pemerintah PKR, biarpun di tempat yang majoritinya umat Islam

Di Pulau Pinang pula, Jeff Oii yang entah apa masalahnya, tidak tentu pasal tiba-tiba mengatakan mereka yang kuat berpegang pada syariah Islam sebagai extrimist agama. Umat Islam tidak pernah mengutuk agama orang lain, tetapi tiba-tiba pula Jeff Oii yang tidak tahu apa-apa tentang Islam, pandai-pandai mahu mengatakan orang itu dan orang ini, sebagai extrenist agama.

Begitu juga Loke Siew Fook. Apabila ditegur, dia dengan sesuka hati menghamun Riduan Tee Abdullah "Has everything be reduced to your fucking religion." di dalam blognya berkisar tentang tulisan Ridhuan Tee berkenaan anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock di dalam Utusan Malaysia baru-baru ini. Sedangkan, konon-kononnya mereka ini dari golongan yang menyokong kebebasan bersuara. Baru usik sikit, sudah fucking sana dan fucking sini.

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh pemimpin-pemimpin DAP ini? Dulu mereka mahukan kuasa, jadi hari ini, setelah secara tidak sengaja rakyat memberikan mereka kuasa, apakah ini sahaja yang mampu DAP sumbangkan untuk rakyat Selangor?

Apakah dengan kuasa yang diberi untuk mentadbir Selangor, mereka hanya sekadar mampu berkhidmat untuk menahan arak dari dirampas. Mereka hanya mampu bersuara untuk menuduh orang dengan buta tuli tanpa sedikit pun ilmu, ataupun memaki hamun orang lain, yang satu bangsa tetapi hanya berlainan agama seperti dalam kes saudara Riduan Tee Abdullah? Menyakiti hati orang lain dengan lagak politik yang begitu kekampungan dan amat bersifat rasis serta anti agama. Apakah ini sahaja kerja yang mampu dilakukan oleh DAP selepas diberikan kuasa?

Memimpin untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang menimbulkan kegelisahan di hati rakyat, memaki hamun orang yang cuba menegur, serta berlagak mencampuri urusan jabatan kerajaan lain hanya semata-mata untuk menunjuk kuasa? Ini sahajakah yang mampu DAP lakukan?

Jika dahulunya golongan ini mengatakan, bahawa pemerintahan BN penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa, nampaknya mereka juga kini melakukan perkara yang sama, malah lebih teruk lagi. Tidak sampai dua tahun memerintah, DAP sudah berani secara terang-terangan menyalah gunakan kuasa, memaki hamun orang lain sesuka hati dan tidak boleh ditegur.

Ada kemungkinan, jika rakyat Selangor terus memberi mandat kepada mereka, pada pilihanraya seterusnya, maka kita akan dapat saksikan episod yang lebih sadis dari apa yang berlaku hari ini.

Selain daripada itu, umat Islam di dalam PR yang bernaung di bawah bendera hijau putih juga nampaknya mulai menikus dengan taring DAP. Dengan DAP, PAS nampaknya tidak segarang ketika berhadapan dengan UMNO (ahli-ahlinya juga umat Islam).

PAS lebih rela memaki hamun saudara-saudaranya sendiri daripada berbincang tentang perpaduan yang secara jelas merupakan sunnah terbesar Rasulullah dan perintah terpenting dari Allah swt.

Tetapi nampak gayanya, golongan berserban, berketayap putih dan berjubah ini lebih sanggup tunduk akur kepada golongan yang terang-terang menyatakan bahawa mereka itu menolak Islam dan bermacam-macam hinaan lagi terhadap Islam, daripada melaksanakan sunnah terbesar baginda Rasul dan juga perintah Allah seperti yang tersebut di dalam Al Quran.

PAS sebagai parti Islam, sepatutnya sejak dari awal lagi tidak bersekongkol dengan DAP yang pemimpinnya seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang secara terang-terang menolak Islam!
Di mana PAS campakkan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 28 yang bermaksud :

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Bukankah Allah sudah mengingatkan tentang peranan mereka yang menolak Islam terhadap kaum muslimin di dalam surah An Nisa ayat 89 yang bermaksud :

Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam)...

Di mana suara PAS terutama pemudanya, apabila pemimpin DAP mencerca dan menghina Islam? Apakah hari ini, PAS sudah mula menganut agama taghut yang lebih mementingkan kuasa politik, daripada bercakap benar dan membela agama Allah ketika difitnah dan dicerca?

Apakah kerana kuasa, PAS buat-buat pekak dan tidak tahu tentang ada di kalangan orang-orang pakatan mereka yang secara terang-terang menghina Islam dan menyalah gunakan kuasa?

Kini, setelah mendapat kuasa, barulah terserlah sikap sebenar segelintir umat Islam yang konon-kononnya memperjuangkan Islam.

Kini, Allah telah memperlihatkan, bahawa golongan yang bergegar-gegar bercerita tentang Islam, yang bergegar-gegar memaki hamun umat Islam yang lain hanya kerana perbezaan pendapat dalam urusan pentadbiran negara, tanpa mengira siapa pun termasuklah mufti-mufti, ulama-ulama dan pemimpin.

Semakin jelas signal yang telah diberikan, bahawa mereka ini sebenarnya hanyalah sekelompok manusia oppoturnis yang bacul, yang begitu kepingan mahu merasai kemanisan dan kelazatan kek kuasa dunia, dan mengambil sikap tunduk menikus tanpa bersuara, biarpun Islam yang mereka laung-laungkan sebagai satu jalan hidup, dihina secara terang-terangan di hadapan batang hidung mereka, semata-mata mahu mempertahankan kerusi empuk kekuasaan mereka.

Sekiranya kuasa pemerintahan dilepaskan kepada PAS dan kroni-kroninya, apakah PAS dapat menjamin, bahawa Islam akan terus menjadi agama rasmi di Tanah Melayu ini, dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera akan terus terpelihara?

Jika di lihat dari senario hari ini, kami yakin, sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan, Islam akan terancam. Begitu juga dengan hak-hak Melayu, bukan sekadar terancam, tetapi akan terhapus dengan sepantas kilat jika berdasarkan senario isu Ronnie, Jeff Oii dan Loke Siew Fook seperti yang berlaku hari ini.

Jika ini berlaku, dan setakat ini, bunga-bunganya sudah pun mula berkembang, maka ia bermakna selama ini, PAS hanya menipu rakyat dengan menjual dan mengadaikan ayat-ayat Allah untuk memerintah bumi Malaysia yang hanyalah sebutir debu pada pandangan Allah.

Lihat saja di Kedah, hanya kerana tempat memelihara makanan mereka (babi) mahu dirobohkan, DAP Kedah dengan berani keluar dari Pakatan. Tetapi dalam kes ini, bukan lagi soal makanan, tetapi cercaan dan hinaan mereka sudah menerjah ke hal-hal yang menyentuh agama dan telah berulang kali Islam dikata dan dihina, tetapi PAS masih lagi tunduk dan akur tanpa berani berkuit biar sedikitpun!

Bukankah itu semuanya memperlihatkan, bahawa nawaitu PAS kini hanyalah kuasa, kuasa dan kuasa hingga sanggup buat apa sahaja dan bukanlah lagi LILLAHITAALA seperti yang disebut-sebut sebelumnya...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com