Mohd. Saiful berkata, fitnah itu direka oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
``Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya sangat baik dan tidak sebagaimana yang ditohmahkan oleh pihak-pihak tersebut,’’ katanya pada sidang media di pekarangan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di Pusat Islam hari ini.
Mohd. Saiful diiringi peguamnya Zamri Idrus dan bapanya, Azlan Mohd. Lazim.
Mengenai kunjungan Saiful ke pejabat agama itu dalam waktu yang singkat, peguamnya Zamri enggan mengulas lanjut dan hanya berkata, pihaknya membuat perbincangan dengan pihak JAWI.
Mohd. Saiful sebelum ini mendakwa Anwar yang kini Ahli Parlimen Permatang Pauh meliwatnya pada 26 Jun 2008 di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
Utusan Online
p/s : Allah Maha Mengetahui dengan lebih mendalam tentang hamba-hamba-Nya...
0 comments:
Post a Comment