Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, 2 bulan kemudian, Abu 'abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.
Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam,mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.
Cantiknya Perjanjian Granada. Tidak hairan, Abu 'abd-Allah boleh mengalah. Penambah perisanya, dalam sejarah Granada,kota tersebut dipendekkan umurnya oleh sekumpulan orang Islam yang di dalam tarikhnya disebut sebagai Mudejar.
Mudejar adalah orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian Sepanyol.Mereka juga bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu.
Mudejar dikatakan berasal dari perkataan mudajjan,yakni orang yang dijinakkan (untuk berada di bawah naungan kerajaan Kristian Sepanyol) tetapi ada yang mengatakan bahawa ia dari perkataan mudajjal.Maknanya, faham-faham sendirilah.
Tidak kurang juga di antara mereka putera-putera raja Muslim Sepanyol yang mengira-ngira untuk mendapat laba dari tuan Kristian Sepanyol mereka samada menjadi menteri ataupun upah khianat mereka.Mereka ini juga menjadi dajjal di sebalik runtuhnya Kota Granada.
Tetapi, janji hanya tinggal janji.
Tetapi, janji hanya tinggal janji.
Tahun 1499, perjanjian itu diingkari,Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada. Dikatakan,rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi,tanda mereka bukan lagi Islam.
Inkuisi Sepanyol dimulakan, sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad. Walaupun pemerintahan Abu Abdullah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa dari bapanya sendiri), tetapi dia masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah dan lembab.
Maka,jika dilihat kepada senario hari ini, kita melihat hikmah mempunyai dan dinaungi oleh sebuah kerajaan Islam diambil mudah.Orang menganggap ia mudah datang dan mustahil untuk pergi. Alasan untuk menumbangkan kuasa sesuatu kerajaan Islam cukup mudah, atas nama memerangi korupsi,kezaliman dan kronisme adalah panji-panji murah yang dikibarkan oleh sesetengah pihak.
Adakah tidak terguris hati sebahagian umat apabila baru sahaja didedahkan 301,000 isi rumah orang Melayu Islam masih di bawah RM1000, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,P Ramasamy ingin membuka jawatan-jawatan kerajaan negeri kepada semua orang. Dan mendukacitakan lagi,dia tidak segan silu memfitnah orang Melayu/Islam yang berjawatan di peringkat kerajaan negeri mengoyak borang permohonan orang bukan Melayu yang memohon.
Tiada pula tindakbalas daripada orang Melayu Parti Keadilan Rakyat di dalam kerajaan negeri. Seolah-olah mereka sudah dijinakkan seperti mudejar Kerajaan Kristian Sepanyol. Apakah mereka tidak berfikir antara jawatan dalam kerajaan negeri tersebut termasuklah jawatan di pejabat ugama? Adakah nanti atas nama samarata, Pulau Pinang akan mempunyai Kadi beragama Hindu,Kristian ataupun Buddha? Nampaknya lucu, tetapi usikan ke arah itu sudah mula berlaku.
Menghairankan lagi mudejar-mudejar ini terus melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sekutu mereka.Mereka memuji Adun Canning sebagai pandai membaca Al Quran tetapi musuh mereka yang Islam pula sebagai orang yang dibenci Tuhan.
Mereka berbangga apabila Lim Guan Eng hendak menjadi Umar Abd Aziz tanpa menyedari bahawa Allah tidak akan memandang kepada bagaimana berazamnya seseorang yang kafir itu mencontohi kebaikan seorang mukmin melainkan ia dimulakan dengan si empunya badan itu melafazkan dua kalimah syahadah.
Apakah tidak sedih Umar Abd Aziz, apabila seseorang yang tidak berkhitan itu yang dipuja dan dipuji dan disamakan dengan beliau oleh orang yang mengaku muslim dan mukmin? Jadi,tidakkah sama nilai mereka ini dengan mudajjal?
Oleh itu,janganlah kerana digula-gulakan dengan orang lain pandai menyebut nama seorang dua khalifah Islam dan tahu barang satu dua ayat al Quran dan Hadith, kita hendak menggadaikan kuasa yang ada pada kita.
Ingatlah, orang Islam Granada dijanjikan perkara yang jauh lebih baik dari itu untuk memujuk mereka agar menyerahkan kuasa politik mereka. Tetapi, harga yang perlu mereka bayar akhirnya adalah untuk berada di tiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tangan mereka dikudungkan.
Sumber Dipetik Dari: http://www.maharajazhou.blogdrive.com/
p/s : Sejarah tidak pernah menipu, cuma manusia saja yang cuba memutar belitkan sejarah, untuk menipu manusia...
1 comments:
Oleh itu umat muslimin sekalian hendaklah kamu berteduh dengan payung UMNO. Jangan terlalu banyak payung. Sedikit kehujanan tidak mengapa. Jangan hanya kerana:
1. Tak dapat permit taxi anda marah dan membuang UMNO,
2. Tak dapat Kuota AP, anda meyokong PKR dan DAP,
3. Anda seperti membunuh ibu anda kerana ia terlupa menyediakan makan tengah hari anda,
4. Masalah kronisma dan nepotisma, jikalau ada, bukan hanya dalam UMNO, malah dalam PAS, PKR atau DAP pun ada juga,
5. Masalah rasuah? Dalam Parti Angkatan Rakyat telah lama bermula.
6. Ingatlah, mungkin anda tak nampak dengan mata. Cuba dengan hati nurani...banyak membaca tentang kisah pemimpin-pemimpin agung masa silam. Bagaimana mereka jatuh tersungkur. Bukan kah mereka yang seperti anda...yang menyokong PKR itu?
Post a Comment