Sep 17, 2008

PM CABAR ANWAR DEDAH NAMA MP BN YANG LOMPAT PARTI

Sungguh menghairankan.Surat hitam putih ada. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengaku ada terima surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Soalnya di sini ialah kandungannya. Penasihat PKR itu boleh buat selamba dakwa kandongan surat itu antara lain bertujuan hendak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah kononnya barisan pembangkang mempunyai cukup bilangan Anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar cakap hal ini dalam ucapannya pada majlis sambutan Hari Malaysia di stadium Kelana Jaya,Selangor Isnin malam. Katanya barisan pembangkang sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangan beliau, penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

“Siang tadi (Isnin) wakil PAS, PKR dan DAP sudah ke Putrajaya ke pejabat PM dan serah surat minta pertemuan segera. Kita minta perundingan ini, kerana kita mahu perubahan ini dibuat dengan aman dan teratur.

“Kenapa saya dan ketiga-tiga kami berani menulis dan menandatangani surat bincang masa depan negara?...Ini kerana kita sudah ada jumlah yang cukup dan sedia,” katanya.

Sebaliknya semasa bercakap pada sidang akhbar pada majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon Yayasan Budi Penyayang di Kepala Batas,Perdana Menteri menjelaskan surat berkenaan bukannya berhubung peralihan kuasa.

Perdana Menteri berkata surat itu adalah berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum. "Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa. Dia hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara," katanya.

Mengulas dakwaan Anwar yang mendakwa mempunyai senarai 31 nama Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, Abdullah berkata:

"Kalau dia ada dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu ( kepada pengundi dikawasan-kawasan dimana Ahli Parlimen BN didakwa nak lompat berkenaan ) apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka ," kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana "kalau dia jumpa saya pun nanti mungkin dia buat cerita yang lain." "Nanti dia kata saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia. Saya tidak perlu jumpa dia," katanya.

sumber AgendaDaily

p/s : kecoh...kecoh...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com