Sep 17, 2008

ANWAR JADI ANCAMAN EKONOMI DAN KESELAMATAN NEGARA

PUTRAJAYA 17 Sept. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

sumber BERNAMA.

p/s : kerana nak jadi PM, Anwar sanggup perjudikan masa depan seluruh rakyat Malaysia...ish..ish...sebab cita-cita peribadi, rakyat jadi mangsa.

1 comments:

Anonymous said...

Kepada PEMIMPIN

JANGAN TERLALU TAKSUB KEPADA MANA2
PARTI ATAU PEMIMPIN,TAKSUB KITA ORANG ISLAM BERTEMPAT,YG SAYA NAMPAK KESEMUA PEMIMPIN TAK KIRA ANWAR BAHKAN RAMAI JUGA PEMIMPIN UMNO BERCITA2 MENJADI PM.JADI PILIHLAH YG TERBAIK DARI YG TERBAIK
JGN KITA LAK MACAM TIN KOSONG
TONG..TONG...TONG..TONG...

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com