Salehuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS) sendiri enggan memberikan komen berhubung isu Anwar dikaitkan dengan Kondrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah lagi yayasan yang beribu pejabat di Berlin Jerman. Apakah itu KAF?
Shahbudin Yahya, Perwakilan UMNO dari Pulau Pinang pada 17 November 2006 dalam Perhimpunan Agung UMNO telah membangkitkan Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Sisters In Islam (SIS) dan Penang Global Ethic (PGE) ditaja oleh Yayasan dari Jerman itu. Selain itu, KAF juga didakwa terlibat secara langsung dalam penajaan Suruhanjaya Antara Kepercayaan atau Inter-Faith Commission (IFC) yang merupakan satu isu sensitif berkaitan dengan agama Islam sebagai Agama Persekutuan di negara ini.
Kini pertikaian tentang "Memeluk Islam" pula diperbincangkan oleh Majlis Peguam.Penubuhan KAF di Jerman berasaskan ‘Christian Democratic’ pada tahun 1955. Nama asalnya adalah “Society for Christian Democratic Education Work”, kemudiannya ditukar nama kepada Konrad Adenauer Foundation pada tahun 1963 sempena dengan nama Chancellor Pertama Jerman yang berundur daripada kerajaannya.
Gambar: The Penang Global Ethic Project, sebuah projek KAF di Malaysia). KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah Jerman iaitu Parti Christian Democratic Union of Germany (CDU) yang bergabung dengan parti-parti politik Konservatif & Demokratik Kristian di peringkat antarabangsa melalui International Democrat Union (IDU).
IDU beribu pejabat di London, United Kingdom dengan keanggotaan 45 parti konservatif yang diketuai oleh John Howard (Perdana Menteri Australia).KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC). Hubungan KAF & AJC bermula seawal tahun 1950-an di antara Konrad Adenauer (Chancellor Jerman), David Ben Gurion (Perdana Menteri Israel) dan Nahum Goldman (Pengerusi Jewish Claims Conference) pada tahun 1952 yang menghasilkan “Perjanjian Luxembourg”.
Antara lainnya, Jerman telah menyatakan persetujuannya untuk membayar pampasan kepada mangsa “Holocaust” (orang-orang Yahudi yang dibunuh secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman). Sejak perjanjian itu, hubungan KAF-AJC semakin intim hingga ke hari ini. Malah, menurut laman rasmi AJC (http://www.ajc.org/), KAF merupakan salah satu badan terbesar yang mendapat tajaannya.
(Gambar: Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui KAF terlibat secara langsung dalam penajaan IFC di Malaysia. Beliau juga menyatakan turut membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006).
Operasi KAF di Malaysia lebih tertumpu kepada dua bidang iaitu ‘Political Dialogue” dan “Media Development”. KAF di Malaysia digerakkan melalui cabang KAF Asia dan Kerjasama Antarabangsa, KAF Jerman. Misi “Political Dialogue” menyerap masuk melalui think tank dan individu yang berpengaruh di Malaysia.
Think tank yang dimaksudkan itu seperti Institut Kajian Dasar (IKD), Malaysian Strategic Resarch Centre (MSRC), Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dan Institute for Development Studies Sabah (IDS). Hubungan KAF dan Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1987, selepas dua tahun Anwar menubuhkan think tank elitnya sendiri iaitu Institut Kajian Dasar (IKD). Penyaluran dana KAF semakin agresif kepada IKD selepas melihat bintang politik Anwar semakin cerah, daripada memegang jawatan Menteri Pendidikan (1987), Menteri Kewangan (1991) sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993).
Gambar: Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim adalah CEO IKD sekarang).
Ironisnya, IKD diasaskan oleh aktivis-aktivis ABIM iaitu Anwar Ibrahim sendiri (bekas Presiden ABIM 1974-1982 / Pemegang Amanah IKD), Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong ABIM 1981-1987 / Pengerusi IKD) dan Dr Siddiq Fadhil (Presiden ABIM 1983-1991 / Pengerusi Panel Perunding IKD).
Mereka ini telah bersetuju menerima tajaan daripada KAF yang jelas berorientasikan Kristian Demokratik dan mendapat saluran dana melalui American Jewish Committee (AJC).Bermakna, aktivis IKD dan ABIM menyedari dari mana sumber kewangan itu diperolehi. Tetapi, demi untuk menaikkan karier politik Anwar, persoalan sumber kewangan tidak lagi dipertikaikan oleh bekas-bekas tokoh ABIM ini.
Justeru itu, dalam tahun 1990-an, penajaan KAF terhadap IKD & Anwar semakin mencerminkan imej Amerika Syarikat. Bermula dengan Dialog Pasifik di Pulau Pinang (1994), Dialog Pasifik II di Kuala Lumpur (1996) dan Dialog Pasifik III & IV di Kuala Lumpur (1996 & 1998) telah melonjakkan nama Anwar Ibrahim sebagai ‘seorang tokoh penting Malaysia’ di kaca mata Amerika Syarikat. Tidak hairanlah mengapa Anwar dijemput ke Amerika selepas itu.
(Gambar: Anwar diberikan layanan karpet merah ketika berkunjung di Amerika Syarikat oleh William Cohen).
Malah, lebih menarik lagi kesediaan tokoh-tokoh penting Amerika Syarikat seperti Senator William S.Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) untuk hadir mendengar ucapan dasar Anwar dalam sidang dialog anjuran IKD itu. Pada 26 Jun 1997, Anwar sebagai pemangku Perdana Menteri ketika itu turut menyaksikan ‘Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara Heritage Foundation Washington Dengan IKD’ di Kuala Lumpur.
Gambar: Anwar berucap di University John Hopkins, universiti di mana Paul Wolfowitz pernah menjadi Dekan sebelum mengetuai Pentagon menyerang Afghanistan dan Iraq).Anwar dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Ateneo de Manila University (pusat KAF di Asia Tenggara) dan Anugerah ‘Presidential Medal’ oleh Georgetown University (1996). Pada tahun 1998, Newsweek International menamakan Anwar sebagai ‘Asian of The Year’.Usaha KAF ini membolehkan Anwar dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO (1988) dan pada tahun 1997 dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
Selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO (2 Spetember 1998), bantuan KAF terhadap IKD seolah-olah terbantut kerana ramai di kalangan pengikut setia Anwar seperti Kamaruddin Jaafar telah ditangkap polis dan sesetengahnya telah melarikan diri ke luar negara.(Gambar: Dari kiri ialah Dr Irmgard Schwaetzer (Ahli Lembaga Pengarah Friedrich Naumann Stiftung), Anwar Ibrahim dan Hubertus Von Welck (Pengarah FNF Rantau Asia & Asia Tenggara) dalam program Internal Freidrich Naumann Foundation Meeting pada 12-15 Jun di Kuala Lumpur. Ini bermakna Anwar juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut?).
Namun begitu, KAF masih meneruskan bantuan tidak langsung dengan menyediakan “think tank” antarabangsa untuk melobi membebaskan Anwar. Ezam Mohd Nor (bekas Timbalan Pengarah IKD), Nurul Izzah Anwar dan Rahim Ghouse telah berjumpa dengan tokoh-tokoh Indonesia dan Filipina yang pernah menjalin hubungan dengan IKD di peringkat ASEAN sebelum ini.Antara tokoh-tokoh yang dikunjungi Ezam dan Nurul Izzah seperti BJ Habibie (CIDES), Gus Dur, Dr Amien Rais, Estrada dan Cory Aquino.Maka tidak hairanlah mengapa Gus Dur dan Estrada sanggup turun untuk berkempen bagi memenangkan Anwar di Permatang Pauh. Apakah Anwar benar-benar terdesak untuk jadi Perdana Menteri pada 16 September ini? Seolah olah ada satu paksaan dan desakan untuk Anwar cepat cepat menubuhkan kerajaan baru di Malaysia. Siapakah mereka yang mendesak itu?
AZRINIZAM IBRAHIMPresiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.
0 comments:
Post a Comment