Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum,
syukur Alhamdulillah dengan limpah rahmatnya keatas junjungan Nabi MuhammadS.A.W.Kepada sahabat-sahabatku....
Di sini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat di dalam mesyuarat perlantikan Pemuda Umno Cawangan Taman Ehsan yang lalu.Saya selaku Naib Ketua Pemuda Haji Muhd Fairuz Bin Haji Mohd Darwis merasa amat terharu dengan sokongan sahabat sekalian tempoh hari.
Dengan perlantikan dan kemenangan ini saya juga merasakan satu semangat baru bagi kita untuk bersatu kembali di Taman Ehsan. Saya juga berharap agar semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada Ketua kita.
Bagi saya ini adalah perlantikan atau tugasan yang diberikan oleh AllahS.W.T melalui sokongan sahabat sekalian untuk melaksanakan agenda baru bagi kita semua.Perbaikilah diri setiap hari, perelok-elokkanlah diri setiap masa....
-Pesanan Syeikh Abdul Qadir Jailani-Orang-orang yang cintakan Allah selalu saling mencintai sesamanya kerananya dan pasti Allah mencintainya dan mempereratkan hubungan kasih sayang dengan mereka.Mereka saling tolong-menolong dalam mengajak makhluk sesamanya untuk beriman, bertauhid dan ikhlas dalam beramal.
Juga memimpin mereka ke jalan Allah.Saudaraku! Permohonan kepada Allah S.W.T belum benar dan kamu bukanlah pemohonnya, kerana sekiranya orang yang mengaku memohon kepada Allah tetapi kenyataannya masih meminta-minta kepada selainnya, bererti sia-sialah permintaan itu. BATAL.
Sebenarnya, orang-orang yang menginginkan dunia banyak sekali jumlahnya. Orang-orang yang menginginkan akhirat sangat sedikit sekali pula jumlah.Orang-orangyang menginginkan Allah lebih -lebih lagi sedikit jumlah Hanya segelintir bagi golongan yang akhir ini sahaja yang akan menjadi rebutan rakan-rakannya.
Mereka adalah orang-orang pilihan dan raja-raja bumi, juga adalah pemeliharaan negara dan rakyatnya.Kerana mereka, malapetaka menjadi cerna dari lingkungan umat manusia dan lingkungan makhluk di sisinya.
Kerana mereka, Allah berkenan mencurahkan siraman hujan dari langit dan menumbuh suburkan pohon-pohon di permukaan bumi.
Sekian.HJ. MUHD FAIRUZ HJ. MOHD DARWIS
Naib Ketua Pemuda UMNO Taman Ehsan
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment