Jun 1, 2010

ZIONIS ANGKUH!

Kami ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Ehsan mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan rejim pengganas Zionis yang menyerang kapal bantuan Flotilla yang membawa rombongan misi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza, yang menyebabkan 19 terkorban dan 26 orang lagi cedera.

Tindakan rejim Zionis itu sudah cukup untuk memperlihatkan sikap angkuh mereka tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa dan juga membuktikan bahawa tiada lagi sikap peri kemanusiaan bagi rejim tersebut.

Perkara ini juga jelas membayangkan dasar luar Israel yang tidak menghormati rakan-rakan dunia yang lain, serta sesuka hati mencabuli hak asasi manusia dengan tindakan mereka menyerang dan membunuh mereka yang terlibat di dalam misi bantuan tersebut, yang turut melibatkan dua orang wartawan dari negara ini.
Malah tindakan tersebut juga membayangkan berkemungkinan akan berlaku satu lagi pembunuhan besar-besaran akan dilakukan di Gaza seperti tragedi pembunuhan genocide yang pernah dilakukan oleh rejim pengganas ini sebagai contoh tragedi Shabra Shatilla, apabila bantuan kemanusia turut disekat.

Kami juga mendesak kerajaan Malaysia, pemimpin-pemimpin Islam dari badan NGO dan politik agar bersatu suara selaku 'orang lama' dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), agar menyeru negara-negara OIC untuk bersatu membantah secara lantang dalam pelbagai cara sebagai satu tekanan terhadap Israel dan sekutu-sekutunya agar berhenti dari melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin secara berterusan.

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com