Apr 4, 2009

LAGI TENTANG NIZAR...

Beberapa blogger daripada kumpulan Blogger Pembela Negara (BPN) telah membangkitkan isu terkini tentang kesahihan gelaran IR yang digunakan oleh Nizar Jamaluddin. Ini berikutan salah seorang penghantar komen ke blog Gerakan Anti PKR (GAP) baru-baru ini telah menimbulkan persoalan dan mempertikaikan gelaran IR Nizar, kerana namanya tidak tersenarai dalam senarai rasmi Board Of Engineers Malaysia (BEM).

Kami juga telah menyemak nama beliau di dalam senarai pencarian BEM di alamat http://www.bem.org.my/ namun nama Nizar sememangnya tidak ada dalam senarai. Hanya ada empat orang yang bernama Nizar dan yang pasti, ianya bukan nama bekas Menteri Besar itu.

Kami cuba menyemak nama ADUN Paya Jaras merangkap Ketua Bahagian UMNO Subang, Dato Ir Bushro Mat Johor, dan namanya tersenarai di dalam senarai pencarian rasmi BEM tersebut.

Berdasarkan dakwaan dan persoalan yang ditimbulkan itu, maka kami sangat-sangat inginkan penejlasan, apakah kesemua mereka yang bergelar IR, mesti berdaftar dengan BEM? Atau ada juga IR yang tidak berdaftar dengan BEM? Dan apakah IR seseorang itu dianggap sah sekiranya individu tersebut tidak berdaftar dengan BEM?

Kami menghubungi Dato Ir Buhsro Mat Johor, bagi mengesahkan perkara ini. Menurut Dato Bushro, setiap engineers yang mempunyai gelaran IR, mesti berdaftar dengan BEM, di sebabkan BEM adalah badan yang bertanggungjawab memberikan gelaran IR kepada engineers yang layak setelah melalui beberapa ujian.

Kata beliau, sekiranya Nizar menggunakan gelaran IR, namanya juga sepatutnya berdaftar dengan BEM. Sekiranya nama Nizar tidak ada dalam senarai rasmi BEM, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Sememangnya, setelah kami semak berkali-kali, nama Nizar tidak juga muncul-muncul. Kami jadi pelik, apakah BEM terlupa mahu menyenaraikan nama Nizar di dalam pencarian rasmi engineer bertauliah yang berdaftar dengan BEM, atau pun Nizar yang terlupa untuk mendaftar namanya di BEM...?

sumber : Gagasan Pemuda Ehsan - http://gagasan-pemuda.blogspot.com



p/s :....?

4 comments:

Anonymous said...

heheehehe

Anonymous said...

hehehehehe ingatkan apa.pasal kertas sekeping tu ka.aku pon ada tk pakai pon

Anonymous said...

ader la....

http://www.iem.org.my/external/IEM2008/OEM/IEM%20Directory%20CDROM/Members/Directory-Members%20pg86-268.pdf

m/s 185

Anonymous said...

http://www.iem.org.my/external/IEM2008/OEM/IEM%20Directory%20CDROM/Members/Directory-Members%20pg86-268.pdf

ada je name nizar tu..
correct me if i'm wrong..

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com