- Kesemua jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan dipertandingkan dalam pemilihan parti Mac 2009 di mana setakat ini melibatkan 135 orang yang telah melayakkan diri dengan memenuhi kuota pencalonan yang disyaratkan.
- Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda akan menjadi rebutan oleh tiga calon yang terdiri dari Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar yang kini memperolehi 52 pencalonan.
- Berada di atas pencalonan terbanyak adalah Datuk Mukhriz Mahathir, 74 pencalonan dan dikuti bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang memperolehi 62 pencalonan. Sementara jawatan Naib Ketua Pemuda pula akan memperlihatkan pertarungan dua penjuru antara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Datuk Razali Ibrahim yang dapat 99 pencalonan dan Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican yang memperolehi 81 pencalonan.
- Bagi jawatan Pengerusi Tetap pula akan ditandingi oleh enam orang calon, Timbalan Pengerusi Tetap akan melibatkan sembilan orang pencabar.
- Jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang hanya diperlukan seramai 20 orang untuk dipilih telah mendapat sambutan luar biasa apabila seramai 115 orang telah layak serta memenuhi kuota untuk bertanding.
- Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu wartawan di sidang media selepas satu mesyuarat setiausaha pemuda negeri-negeri di ibu pejabat pergerakan itu di tingkat 28 Menara Dato' Onn PWTC bahawa penawaran diri golongan muda yang begitu ramai dan separuh daripadanya adalah dari generasi muda profesional amat mengkagumkan.
- "Keadaan ini sekaligus menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa generasi muda profesional sudah tidak berminat lagi dengan Pemuda UMNO atau sertai UMNO", tegas beliau.
Rahman juga memberitahu terdapat 26 bantahan telah dihantar terus ke ibupejabat pemuda. 16 aduan telah di selesaikan manakala 10 aduan lagi sedang dalam siasatan dan hampir selesai.
Berhubung dengan anjuran debat, beliau menjelaskan perkara itu akan dibentangkan dalam mesyuarat exco. - Menurutnya, kesesuaiannya mungkin akan diperbincangkan secara terperinci kerana mungkin tidak sesuai dengan konsep debat tetapi dalam konsep lain yang mana lebih kepada usaha untuk memperkenalkan calon-calon bertanding.
- Pergerakan Pemuda juga, kata Rahman, akan mempunyai kumpulan pemantau bagi memastikan calon-calon bertanding pelbagai jawatan tidak melanggar tata etika pemilihan. Menurutnya, pemantau itu akan memantau tatacara berkempen calon-calon, terutama berhubung salah laku dan melanggar etika pertandingan termasuk amalan politik wang.
- "Pemantau itu dilantik dari kalangan perwakilan Pemuda yang dirahsiakan identitinya supaya boleh bergerak dalam keadaan yang tidak diketahui dan mereka akan menyediakan laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan atau Lembaga Disiplin UMNO," katanya. Rahman berkata, "jika pemantau itu membuat laporan mengenai adanya amalan politik wang, ia akan dihantar terus kepada Lembaga Disiplin UMNO atau Jawatankuasa Pemilihan di peringkat pusat."
- "Perwakilan matang apatah lagi dalam keadaan Umno perlu bermuhasabah diri, saya pasti calon Pemuda yang mengamalkan politik wang akan ditolak oleh perwakilan. Taklimat akan diberikan kepada perwakilan untuk menolak calon yang gunakan wang untuk memastikan Umno relevan," katanya.
- Abdul Rahman meminta calon Pemuda termasuk mereka yang bertanding jawatan Ketua Pemuda, Naib Pemuda dan Exco memaklumkan kepada Badan Perhubungan Pemuda negeri supaya dapat menganjurkan acara bersama untuk mereka berkempen di peringkat negeri-negeri.
- "Mana-mana berkempen di luar (pengetahuan) badan perhubungan adalah risiko masing-masing. (Kami) telah menetapkan acara berkempen mesti melalui badan perhubungan negeri dan program boleh disatukan untuk jimat masa dan tidak menyusahkan perwakilan bagi landasan memperkenalkan calon terutama calon exco," katanya.
- Beliau berkata Pemuda Umno akan menghormati keputusan para perwakilan dalam memilih Ketua Pemuda baru bagi memantapkan lagi pergerakan itu.
- Katanya mesyuarat hari ini turut mencadangkan supaya Pengerusi Tetap Persidangan Pemuda Umno Bahagian diberikan kursus berterusan berkenaan kuasa dan peraturan perjalanan mesyuarat bagi memastikan mereka mampu mengendalikan mesyuarat dengan baik.
- Selain itu, ia turut mencadangkan Ketua Pemuda Bahagian yang baru perlu melantik ahli jawatankuasa peringkat cawangan dalam masa tiga bulan bagi mengelakkan masalah dari segi pengiktirafan pemegang jawatan di peringkat pemuda cawangan dalam pemilihan tahun akan datang.
sumber AgendaDaily
1 comments:
Eloklah tu.
Langkah yang jitu seperti langkah pemantauan jangan hanya seperti melepaskan batuk ditangga semata. Buat elok-elok biar ada hasilnya. Biar rasuah politik terpelanting jauh ketepi.
Kalau nak Pak Najib jatuh tersungkur, buatlah perangai tak senonoh tu. Kepada saya bukan Pak Najib saja yang akan kecundang, malah seluruh kaum melayu diatas bumi bertuah ini.
Post a Comment