Oct 23, 2008

PEMUDA UMNO SUBANG BANTAH CADANGAN ADUN KOTA DAMANSARA

Semalam hampir 100 Pemuda UMNO Subang berkumpul di hadapan pejabat ADUN Kota Damansara bagi membantah cadangan Dr. Mohd. Nasir Hashim yang meminta agar wang zakat diagihkan kepada yang bukan Islam.

Perhimpunan tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Saudara Harisson Hassan bermula pada pukul lima petang. Pada petang itu juga, saudara Harisson Hassan telah menyerahkan memorandum bantahan pada wakil ADUN Kota Damansara.

Pemuda UMNO Subang juga memberi amaran, kepada mana-mana parti politik, atau individu agar tidak membangkitkan kemarahan orang Melayu dengan cuba mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.



p/s : Amenda la dia orang ni. Baru aja berkuasa tak sampai beberapa hari, dah nak usik benda-benda yang dah termaktub dalam Islam sejak zaman Nabi s.a.w. lagi. Bagi la cadangan yang lain, yang lebih bermanfaat. Janganlah nak ikut perangai kaum musyrikin. Kalau yang bagi cadangan tu, bukan Islam tak apa la juga, mungkin dia jahil tentang Islam, tapi ini orang Islam sendiri. Itu baru saja beberapa hari berkuasa, kalau dah berkuasa 50 tahun, tak tahulah macam mana gayanya.

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com