KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Mahathir, yang menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Mac depan, berharap pemimpin Umno di peringkat akar umbi akan mengenengahkan agenda mereka pada mesyuarat Pemuda Umno Bahagian yang dijadual bermula 9 Okt.
"Pada keseluruhannya, kempen saya untuk bertanding jawatan itu mendapat sambutan yang baik, terutama selepas saya mengadakan pertemuan dan berinteraksi dengan anggota Pemuda di peringkat akar umbi.
"Saya hanya tidak mendapat sokongan ketara daripada mereka yang mempunyai kedudukan dalam Pemuda Umno di peringkat Bahagian berikutan pelbagai sebab," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya ayahnya dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain Mukhriz, bekas menteri besar Selangor Datuk Dr Mohamad Khir Toyo, naib ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding jawatan ketua Pemuda.
Mukhriz, anggota Parlimen Jerlun, berkata beliau yakin akan mendapat pencalonan mencukupi bagi membolehkannya bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
"Saya yakin akan dapat pencalonan yang cukup untuk layak bertanding terutama daripada akar umbi," katanya.
Mukhriz berkata beliau perlu memperoleh pencalonan daripada sekurang-kurangnya 38 bahagian Pemuda Umno daripada keseluruhan 191 bahagian, untuk layak bertanding.
Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian akan diadakan dari 9 Okt hingga 9 Nov.
Sementara itu, ditanya mengenai cadangan Presiden PPP Datuk M. Kayveas semalam agar semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dibubar dan dicantum sebagai satu parti politik, Mukriz berkata perkara itu belum masanya lagi.
"Ini bukan masa yang sesuai untuk cadangan seperti itu. Selama ini formula BN sentiasa berkesan," katanya.
sumber mstar
p/s : Mudah-mudahan Pemuda UMNO berani berubah...
Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker Seteru besar DS Najib yang juga
merupakan mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM lantikan politik di era Dr
Mahathir, Lathe...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment