Oct 20, 2008

GAGASAN PEMUDA EHSAN

Hasil daripada pertemuan lima Ketua/wakil Pemuda UMNO dari Cawangan UMNO Ehsan Timur, Taman Ehsan, Usaha Jaya, Sri Ehsan, Bukit Desa daripada tujuh cawangan pada Ahad 19 Okt, satu persetujuan telah dicapai bagi mewujudkan kerjasama antara Pemuda Cawangan dalam satu gabungan yang diberi nama Gagasan Pemuda Ehsan. Manakala dua lagi Ketua Pemuda Cawangan Taman Ehsan Fasa 3B dan Perindustrian Ehsan tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan. Di bawah adalah matlamat dan objektif secara ringkas Gagasan Pemuda Ehsan.


matlamat dan objektif
GAGASAN PEMUDA EHSAN

Cadangan bagi mewujudkan Gagasan Pemuda Ehsan merupakan salah satu usaha untuk menggerakkan kembali tenaga kerja dalam kalangan ketua-ketua Pemuda UMNO dan ahli Pemuda UMNO di peringkat cawangan, bagi sebarang perlaksanaan program dan aktiviti setempat yang melibatkan ahli-ahli Pemuda UMNO di cawangan sekitar Taman Ehsan dan masyarakat khususnya.

Ideanya ialah menggabungkan ketua-ketua Pemuda Cawangan UMNO di sekitar Taman Ehsan yang tertakluk di bawah UMNO Bahagian Subang dalam satu gagasan yang membolehkan perbincangan dibuat bagi membentuk matlamat dan hala tuju perjuangan Pemuda UMNO sekitar Taman Ehsan, termasuklah membincangkan soal-soal umum dasar perjuangan dalam pergerakan Pemuda UMNO di kawasan ini.

Gabungan ini dilihat amat penting bagi membolehkan berlakunya perjumpaan dari masa ke semasa di antara ketua-ketua Pemuda UMNO Cawangan di sekitar kawasan Taman Ehsan bagi berbincang dan berkongsi pemasalahan semasa yang berlaku di antara setiap cawangan samada melibatkan ahli Pemuda UMNO ataupun masyarakat setempat.

Selain itu, gagasan ini juga merupakan satu landasan permuafakatan di antara Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan ahli-ahli Pemuda Cawangan di sekitar Taman Ehsan. Ini termasuklah untuk bekerjasama, dan saling membantu serta berkongsi idea, dalam usaha untuk menyelesaikan sebarang permasalahan, dan menjayakan mana-mana program yang dianjurkan oleh mana-mana Pemuda UMNO Cawangan di sekitar Taman Ehsan.

Dengan penggabungan ini, setiap ketua Pemuda UMNO di sekitar Taman Ehsan termasuk ahIi-ahli Pemuda UMNO di cawangan masing-masing, dapat kenal mengenal, menjalinkan kerjasama yang utuh serta mengeratkan silaturrahim dan memantapkan lagi hala tuju bersama bagi setiap ahli Pemuda UMNO dan masyarakat belia di sekitar kawasan ini, demi untuk memperkasakan agama, bangsa dan negara bermula di peringkat akar umbi.

Satu majlis perasmian akan diadakan kelak dan akan dimaklumkankan kepada semua ahli Pemuda di setiap cawangan yang terlibat.


p/s : Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com