Oct 13, 2008

BENARKAH EKONOMI MALAYSIA SETERUK YANG DIDAKWA ANWAR?

1. Sepanjang PRU12 dan Kempen 916,Anwar menuduh tiada kemasukan FDI ke Malaysia, malah menuduh ekonomi Malaysia lebih buruk daripada Vietnam.

2. Kelmarin, CIMB mengesahkan pembelian BankThai RM577.4 juta. Minggu lalu Maybank mengesahkan pembelian salah sebuah bank terbesar di Indonesia dari sayap pelaburan Temasik. Tetapi Anwar masih kata ekonomi Malaysia tidak terurus dengan baik.

3. Hari ini Amerika mengalami Kebankrapan paling buruk dalam sejarah. Bank-bank perdagangan terpaksa menerima bantuan USD700 Billion itupun setelah menerima sokongan Dewan Senat selepas Kongres menolak permintaan tersebut. Di Britain kerajaan terpaksa menyuntik 400Billion Pound Sterling untuk menghidupkan ekonomi mereka.

4. Di Malaysia, Menteri Perdagangan berkata harga minyak akan turun lagi sehingga mencecah RM1.92 se Liter apabila harga minyak setong mencecah di bawah paras US80 setong. Tetapi Anwar masih lagi berkata Ekonomi Malaysia paling buruk di Asia. Anwar kata dia malu dengan ekonomi Malaysia.

5. Laporan Asian Economy berpusat di Hong Kong menyenaraikan Bank Rakyat antara 10 Institusi Kewangan paling untung di Asia, tetapi Anwar masih kata Ekonomi Malaysia paling rendah di Asia Tenggara, malah melabelkan ekonomi Malaysia setaraf negara-negara seperti Tobago, Timor Leste, Habsyah, dan Kenya.

6. Di sebalik semua tuduhan itu, Anwar masih belum menjelaskan kepada rakyat apakah tujuan Tian Chua bertemu dengan penyangak matawang George Soros tidak berapa lama dahulu? Anwar belum menjawab berapakah sumbangan yang mereka terima daripada Soros? Anwar juga tidak menjawab isu cek yang diterima oleh Khalid Jaafar yang mewakili PKR? Semua wang-wang tersebut ke mana sekarang?

7. Akhirnya, di ketika rakyat yang mengundi PR dalam PRU12 dulu menunggu-nunggu janji-janji PR, rakyat Selangor belum diberi jaminan apakah akan masih menikmati air percuma 20meter padu pada Januari 2009? Itulah Anwar yang berkata ekonomi Malaysia paling buruk di Asia.

sumber Jentayabaka.blogspot.com
p/s : baguslah tuh...cerita la satu dunia. Bagi semua orang tahu betapa buruknya Malaysia, tempat tumpah darah dan tempat lahirnya sendiri...ish-ish...bersyukurlah dengan apa yang kita ada...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com