Bagi rakyat Malaysia, bulan September juga merupakan bulan yang sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Masakan tidak, Dato Seri Anwar Ibrahim yang kini bergelar Ketua Pembangkang, telah mewar-warkan, bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan dari kepimpinan Barisan Nasional.
Boleh dikatakan, rakyat di Permatang Pauh telah diberikan keyakinan yang amat dalam tentang perkara ini. DSAI telah berjaya meyakinkan para pengundi di sana, tentang kemampuan beliau dan Pakatan Rakyat, untuk mengambil alih kepimpinan negara daripada tangan BN.
Sejauh mana kebenarannya tentang dakwaan yang diperkatakan oleh DSAI, masih belum dapat dipastikan. Jika apa yang diperkatakannya itu benar, maka sekali lagi, negara ini akan mencipta sejarah, iaitu bertukarnya kepimpinan kerajaan bukan melalui pilihanraya yang sah.
Kalau mengikut kata-kata para pemimpin BN, termasuklah ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, peralihan kuasa sepertimana yang dihebohkan oleh DSAI, adalah satu perkara yang sukar untuk berlaku. Malah, ahli Parlimen Sabah dan Sarawak telah pun berikrar dan berjanji bahawa mereka tidak akan bertindak sedemikian.
Malah, pemimpin-pemimpin veteran seperti Tun Mahathir, Datuk Haris Salleh termasuklah beberapa penganalisis politik juga tidak dapat membayangkan atau memikirkan bagaimana jalannya, peralihan kuasa itu boleh terjadi.
Namun, jika benar-benar ia terjadi, maka DSAI mempunyai cara dan congakannya tersendiri , yang tidak dapat difikirkan oleh orang lain bagi merealisasikan peralihan kuasa ini. Cuma, jika perkara ini tidak berlaku pada 16 Sepetember ini, kita ingin dengar apa pula alasan DSAI kepada para pengikutnya, terutama kepada para pengundi di Permatang Pauh yang telah memberikan sokongan padu kepada beliau baru-baru ini...
0 comments:
Post a Comment