Sep 17, 2008

PAK LAH- NAJIB TUKAR KEMENTERIAN

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatannya sebagai Menteri Kewangan berkuatkuasa dengan serta merta.

Manakala Datuk Seri Abdullah pula akan mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib sebagai Menteri Pertahanan. Beliau mengumumkan demikian dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Dalam sidang akhbar itu juga, Abdullah turut mengumumkan bahawa beliau dan Najib akan tetap mengikut tempoh peralihan kuasa pada 2010 seperti yang ditetapkan sebelum ini. Bagaimanapun Abdullah berkata beliau mungkin akan melepaskan jawatan lebih awal dari 2010 bergantung kepada prestasi Najib

sumber AgendaDaily

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com