Bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mazlan Harun berkata, kempen yang sihat membolehkan calon- calon yang mahu menyampaikan idea seperti perubahan dalam struktur parti boleh berbuat demikian tanpa rasa takut.
Exco Pemuda UMNO dari tahun 1980 sehingga 1986 itu menambah, kod etika seperti yang melarang calon-calon serta ahli berkumpul tidak lebih daripada lima orang dalam satu perjumpaan membantutkan usaha calon tersebut menyampaikan idea dan objektifnya bertanding.
''Keadaan ini membuatkan calon gagal mendekati ahli seterusnya menghalang proses demokrasi dalam UMNO," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang membidas ahli-ahli UMNO yang mahu melihat perubahan peringkat jawatan pucuk pimpinan parti itu, tetapi tanpa mengusulkan cara untuk melaksanakannya.
Dalam perkembangan sama, Mazlan berkata, perubahan dalam pucuk pimpinan parti dapat meraih kembali kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Selain itu, katanya, tiada istilah peralihan kuasa dalam UMNO dan perubahan pucuk pimpinan perlu dilakukan menerusi pemilihan di peringkat akar umbi dan bukannya bermula di perwakilan bahagian ke atas.
sumber Utusan Online
p/s : Betul gak tu...
0 comments:
Post a Comment