Sep 5, 2008

SIAPA YANG RASIS SEBENARNYA?

Saya percaya orang Melayu tidak ada yang bersikap perkauman, sejak dari dahulu sehinggalah sekarang. Sebelum tanah Melayu ini merdeka, dari zaman kesultanan Melaka tidak pernah bangsa ini bersikap perkauman!

Sudah 50 puluh tahun kita merdeka, bangsa lain bukan sahaja menikmati taraf wanganegara bahkan rata-ratanya lebih baik kehidupan sosio ekonominya dari bangsa Melayu. Bangsa ini masih lagi tidak 'racist'. Masih mampu membuka dada berkongsi dengan sahabat dari kaum lain. Sejak dahulu inilah amalan mulia bangsa Melayu, bacalah sejarah telitilah sikap bangsa ini, sesiapa pun tidak akan mengatakan bahawa bangsa Melayu mengamalkan sikap perkauman.

Kalaulah isu racist ini sejak akhir-akhir ini sering diungkit-ungkit, maka yang lebih racist adalah sesetengah golongan dari kaum lain di bumi Malaya ini, bukannya kami. Kami tidak pernah mengungkit sebarang kelebihan baik dari sudut ekonomi ataupun sosial yang dimiliki oleh bangsa lain.

Malah, bangsa lain juga memonopoli perniagaan yang sepatutnya tidak boleh dimonopoli. Adakah kami orang Melayu bising-bising? Begitu juga sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang sebenarnya lebih mirip berbentuk perkauman yang masih lagi wujud di negara ini.

Kami juga tidak pernah menuntut ia dihapuskan. Malah, ada sesetengah dari bangsa kami yang masih berlapang dada membenarkannya bahkan menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan. Adakah kami Rasist? Masihkah kami dianggap racist? Sedarlah, bangsa Melayu adalah bangsa yang berperibadi mulia dan sudi berkongsi hak ditangannya dengan orang lain yang bukan dari keturunannya.

Apakah kamu, bangsa bukan Melayu sanggup berkongsi dengan bangsa lain jika kamu berada di situasi kami. Kami yakin tidak! Tidakkan kamu lihat bagaimana sejarah-sejarah di negara lain yang mengamalkan sikap rasis. Sedarkan kamu di Burma seumpamanya, atau di Ceylon ketika negara itu mencapai kemerdekaan, apa yang terjadi kepada bangsa-bangsa lain. Bukankah bangsa-bangsa lain seperti India dan Cina dihalau balik dengan hinanya?

Janganlah jadi generasi yang buta sejarah! Apakah kami melakukan pada kamu begitu? Cukuplah. Janganlah katakan kami bangsa yang rasis. Kami cuma pertahankan hak kami. Kami telah berkorban banyak hak-hak kami untuk menjaga hati 'tetamu-tetamu' kami.

Janganlah pula sesetengah bangsa bukan Melayu bersikap beri betis, mahukan peha. Setiap perkara ada batasnya. Janganlah pula meminta apa yang bukan hak kamu, kerana kami ulangi setiap perkara ada batasnya.

Apa yang kami perjuangkan bukanlah soal 'racist' cuma memberi peringatan tentang hak-hak kami. Kalau kami, UMNO atau orang Melayu bersikap rasis, tidak akan ada bangsa lain yang hidup di muka bumi tanah Melayu ini, selain dari bangsa Melayu.

Renungkanlah...


sumber Penjaga Ketuanan Melayu

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com