Sep 5, 2008

TIDAK AKAN MINTA MAAF- DATUK AHMAD

Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak akan memohon maaf walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat demikian.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.Ini merupakan reaksi pertamanya sejak tercetusnya kontroversi itu minggu lalu, ekoran ceramahnya sewaktu pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh yang didakwa telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.
Beliau didakwa berkata orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Menurut Ahmad, beliau tidak berkata atau melakukan sebarang kesalahan, dan oleh itu, tiada sebab baginya untuk memohon maaf.Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di bangunan Umno Pulau Pinang Sabtu ini berhubung isu tersebut.

Sidang akhbar itu akan diadakan selepas mesyuarat badan perhubungan Umno negeri yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Sambil menafikan bahawa kenyataannya itu berbaur perkauman, Ahmad berkata, beliau berkawan dengan orang Cina dan India sejak kecil lagi.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak pernah dan tidak akan menjadi seorang yang bersifat perkauman.Ahmad turut mengecam laporan media yang menuduh beliau mengelak daripada bertemu dengan wartawan dan jurugambar yang menunggunya di luar balai polis Seberang Perai Pusat di Bandar Baru Perda sejak dua hari lalu.

"Saya tidak minta mereka tunggu. Jadi mengapa mereka tuduh saya lari dari mereka?" soalnya.Ahmad telah memberi kenyataan di balai polis negeri di Georgetown malam tadi, ekoran beberapa laporan yang telah dibuat terhadapnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(B) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara minimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
sumber Malaysiakini

2 comments:

Anak Melayu Moden said...

Tak payah minta maaf Datuk. Kalau UMNO rasis, kalau orang Melayu rasis, dah lama tak ada bangsa lain kat bumi Melayu ni. Kita dah bagi betis, dia nak peha. Kita dah benarkan duduk kat sini, nak berkuasa pulak. Lepas tu, tuduh kita macam-macam. Dia orang ni yang rasis sebenarnya, bukan kita. Jenis manusia tak kenang budi...

Tun Perak said...

Orang Melayu dah lama sabar dengan perangai sesetengah bangsa bukan Melayu yang dah mula melampau.

Jangan cabar sangat orang Melayu ni, kalau dah naik syeikh nanti, semua orang susah.

Yang tak kena mengena pun susah...

Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut badan binasa...

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com