Sep 6, 2008

APA KATA ANWAR PADA PAS DAN DAP TAHUN 1995

Prof. Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan: “Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ia akan menjadi satu bencana kepada Malaysia.” (Chandra bukan ahli politik. Beliau adalah ahli akademik, sarjana dan pemikir – bukan seorang yang mahir dengan sepak-terajang politik)

Hampir 13 tahun lalu, iaitu pada 21 April 1995, ketika berkempen di Banting, Selangor, Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, antara lain berkata:

“Pemimpin DAP, Pas dan Parti Melayu Semangat 46 (S46) gila kuasa hingga mereka sanggup memperdayakan rakyat untuk mencapai matlamat politik mereka. Pemimpin seperti ini yang mudah berbohong, hanya berminat kepada kuasa dan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dan negara.”

Mengenai ikrar untuk memansuhkan cukai seperti dilaungkan DAP, Pas dan Parti Semangat 46 yang sudah dibubarkan, Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan, pada 23 April 1995 antara lain pula berkata:

“Jika kita mansuhkan cukai, di mana kita akan mendapat sumber kewangan untuk membiayai projek pembangunan seperti membina sekolah dan masjid? Mereka boleh membuat janji tetapi kita harus bertanya pada diri sendiri sama ada mereka mempunyai keupayaan untuk memenuhi janji mereka.”

Hari ini, Anwar berkata, pakatan pembangkang akan menurunkan harga minyak, yang diberi subsidi dengan banyaknya oleh kerajaan, jika mereka berkuasa. Mengenai BN, pada 13 April 1995, Anwar antara lain berkata:

“Rakyat harus menggunakan rekod cemerlang kerajaan untuk mengukur sejauh mana kecekapan kerajaan BN mentadbir negara. Tidak seperti pembangkang yang suka membuat janji kosong, negara di bawah BN, dihormati di seluruh dunia. Kita tidak seharusnya menjadi warga negara yang tidak bersyukur seperti pembangkang.”

Mengenai manifesto pembangkang 1995, Anwar berkata:

“Manifesto pembangkang mengandungi janji-janji yang tidak boleh dipenuhi.” Kali ini, manifesto pembangkang, menjanjikan pelbagai habuan untuk rakyat. DAP berhasrat memberi RM6,000 kepada setiap keluarga; Pas dan PKR mahu menurunkan harga minyak dan memberi wang kepada ibu tunggal, pasangan yang baru berkahwin, usahawan muda dan banyak lagi.

Mengenai Pas, parti sekutu kuatnya, dan diketuai Datuk Seri Hadi Awang ketika itu, Anwar antara lain pernah menyatakan:

“Rakyat harus menolak Pas kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan Pas terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan hak masa depan yang lebih cerah bagi orang Melayu".

Pemimpin Pas mendakwa bahawa mereka berjuang untuk memartabatkan Islam dan integriti orang Melayu di hadapan penyokong mereka di Terengganu dan Kelantan kerana ini adalah negeri yang majoritinya Melayu tetapi di Pulau Pinang, mereka sanggup bekerjasama dengan DAP bagi mengkhianati orang Melayu.”

Hari ini, Pas masih menjaja propaganda dengan tema yang sama di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, dan bekerjasama dengan PKR dan DAP di Pulau Pinang. Hadi Awang masih Presiden Pas. Apakah pandangannya terhadap DAP dan Pas pada amnya?

Dalam mesejnya kepada pengundi pada 1995, Anwar berkata:

“Parti-parti pembangkang mencetuskan sentimen perkauman untuk mengganggu keharmonian. Pas dan Semangat 46 menimbulkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu manakala sekutu mereka, DAP dalam usaha memancing undi masyarakat Cina, cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kita tidak sepatutnya membenarkan diri kita diperalatkan oleh parti-parti pembangkang.”

Dan bagaimana pula dengan sekutunya sekarang, Lim Kit Siang dari DAP?

Kita tidak akan bertolak ansur dengan DAP, yang memainkan sentimen perkauman. Saya memberi amaran kepada Kit Siang agar jangan bermain api kerana orang Melayu tidak bodoh dan kesabaran mereka ada hadnya. Tidak seperti mereka (pakatan pembangkang ketika itu), BN sentiasa konsisten dengan pendiriannya untuk membantu semua rakyat Malaysia.”

Apa pendapatnya mengenai pakatan pembangkang DAP-Pas-Semangat 46?

“Ia tiga serangkai berkhalwat; perkahwinan untuk keselesaan. Parti-parti ini tidak mempunyai objektif yang sama dan setiap satu mengikut agenda sendiri.”

Hari ini, perbezaannya ialah Semangat 46 sudah diganti dengan PKR yang diterajui Anwar. DAP dan Pas masih diketuai oleh orang yang sama seperti pada 1995

Bukankah Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menyatakan kira-kira seminggu lalu bahawa pakatan DAP-PKR-Pas adalah gabungan untuk keselesaan kerana setiap parti itu mempunyai mimpi dan ideologi berlainan?

Hari ini, Anwar bersama dengan parti-parti yang dianggap rasis dan juga tidak berkemampuan untuk membela rakyat yang pernah dikecamnya kira-kira 13 tahun dulu. Mungkin Anwar sudah lupa atau buat-buat lupa dengan apa yang dikatakannya itu dulu kepada PAS dan DAP semata-mata kerana dendam dan kuasa?

p/s : memang betullah... bukan Melayu mudah lupa, tapi Anwar yang mudah lupa...

SUMBER : BERITA HARIAN

2 comments:

Anonymous said...

itu dulu bang

Penyokong PAS said...

Sejarah jangan lupa...al Quran pun citer pasal sejarah. Orang lupa sejarah, takda jati diri..

Memang tak nafi, banyak pemimpin UMNO korup, tapi tak la sampai nak bersekongkol dengan golongan yang kata, kalau nak tubuh negara Islam, "Langkah mayat saya dulu"

Baik berjuang dalam PAS, daripada ADIL...

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com