Sep 9, 2008

TUN MAHATHIR AKAN KEMBALI SERTAI UMNO

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk kembali menyertai UMNO semula selepas mengambil keputusan keluar parti itu, Mei lalu. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dr. Mahathir menyuarakan hasratnya selepas beliau mengadakan pertemuan atas jemputan bekas Perdana Menteri itu, Sabtu lalu.

sumber Utusan Online

Dr M kembali dan Sokong Ku Li

Semasa sedang bersembahyang pada petang Sabtu di kampung, penulis mendapat pesanan ringkas dari seorang pemberi maklumat yang tidak boleh disangkal kehebatannya menperolehi maklumat mendahului orang lain.

Tertulis dalam pesanan bahawa satu pertemuan telah diatur antara Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Tan Sri Muhyiddin yang mana Tan Sri mengajak Tun kembali balik ke UMNO dan Tun sedia membantu Tengku Razaleigh untuk jawatan Presiden menentang Abdullah Badawi.

Mula-mula hati ini berdebar apabila yang dapat dibaca tanpa cermin hanya seolah-olah tertulis "Dukacita .... Tun Dr Mahathir ... mengimbus ... " Fikiran mahu kembali dengan segera ke Kuala Lumpur. Setelah ditenteramkan hati dan dapat dicapai cermin, baru dapat dilihat sepenuhnya. Bukan dukacita tepai sukacita dan bukan mengimbus tetapi mengindos.

Sukanya hati bukan main kepalang kerana akhirnya sudah terbentuk satu kombinasi yang akan berupaya merealisasikan perjuangan ini.Kegembiraan itu hanya berupaya untuk bersorak gembira di dalam hati. Maklumlah bila mendapat maklumat rahsia sedemikian, "biar pecah perut dari pecah mulut". Semak-semak pun tidak boleh dengan sesiapa selagi orang-orang nama besar ini bersuara sendiri. Akhirnya pada petang Ahad, bertubi-tubi pesanan masuk dari merata-rata negara - Johor, Pahang dan Kuala Lumpur - menyampaikan cerita yang sama ini. Barulah dapat penulis menyemak dengan beberapa sumber.

Itu pun tak henti-henti orang menalipon bertanya.Setelah sudah keluar kenyataan dari anak Tan Sri Sanusi, Akhramsyah di blog nya di sini, Matthias Chang di sini, dan Rocky Bru di sini, baru sedia untuk menulis mengenai ini.

Apa Pula Mainan Nanti?Kini hati ini bertanya-tanya, adakah Majlis Tertinggi akan sedia mengkota kata-kata "Dr Mahathir boleh kembali bila-bila masa" sebagaimana yang dikatakan oleh Abdullah?Sebelum ini, Datin Seri Rosmah menyatakan secara terbuka supaya tun kembali semula balik UMNO.

Anih untuk mendengar permintaan sedemikian untuk datang dari isteri yang biasanya tidak mencampuri hal ehwal politik suami.Selepas itu, Sinar Harian melaporkan UMNO Selangor meminta Tun kembali.Memantapkan Ku LiPada hemat penulis, bantuan Tun itu tentu sekali dapat membantu Ku Li, satu-satunya pencabar kepada Abdullah Badawi.

Berbanding dengan Abdullah, Tengku Razaleigh adalah jauh lebih berupaya dan tinggi intelek, pengalaman dan kebolehan. Walaupun umur yang sudah menjangkau 71, Ku Li masih sihat dan kuat.Selama ini, penulis sentiasa sedia memberi liputan untuk Ku Li dan cuba memahami buah fikirannya.

Dari penilaian penulis, Ku Li seorang "gentlemen" dan sangat diplomatik. Anak raja ini sentiasa menghargai sesiapa sahaja yang datang berjumpa dengannya dan juga sedia mendengar buah fikiran dan rungutan sesiapa sekali pun.Dia bukan pendendam dan tidak mudah membocor rahsia, walau bagaimana runcing sekali keadaan.

Dari perhubungan baik dengan semua personaliti politik, dalam kerajaan dan pembangkang, dia amat sesuai untuk membawa kestabilan politik.Malaysia sedang berada di persimpangan yang penting dalam struktur ekonomi dan politiknya.

Banyak kecuaian pentadbiran Abdullah dalam segi pentadbiran ekonomi, politik, keselamatan dan perhubungan antarabangsa perlu diperbaiki dari terus jahanam.Cabaran yang perlu dihadapi memerlukan satu pengalaman luar biasa.

Sebagai seorang yang mendapat pendedahan bekerja dengan Allahyarham Tun Abdul Razak pada umur yang sangat muda, Ku Li diyakini sesuai. Orangnya hanya Ku Li buat masa ini, bukan Anwar Ibrahim yang hanya pandai mencanang tetapi hanya tin kosong yang mengeluarkan bunyi tetapi tiada isi kandung. Nyata sekali Anwar akan bertemu kegagalan.Persoalannya hanya, dari mana hendak ke mana Muhyiddin dan Najib? Adakah arah yang sama tetapi bertentangan? Atau seiring?

sumber Another Brick In The Wall
p/s : Alhamdulillah...syukur...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com