Sep 9, 2008

HAPUSKAN SISTEM KUOTA-ELAK POLITIK WANG

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Gesaan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sistem kuota dalam pemilihan parti dihapuskan bagi membanteras politik wang perlu dilaksanakan segera.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tindakan itu perlu kerana sistem kuota tersebut telah menyebabkan berlakunya masalah politik wang dalam UMNO yang kini dilihat semakin berleluasa.

Tegas beliau, selagi sistem berkenaan tidak dihapuskan selagi itu masalah politik wang di dalam UMNO tidak akan selesai.

"Saya telah menyatakan pendirian saya beberapa kali sebelum ini iaitu sistem kuota sepatutnya telah lama dihapuskan kerana ia menjadi penyebab berlakunya rasuah politik dalam UMNO.
''Amalan demokrasi dalam UMNO harus dipulihkan agar UMNO tidak dilihat mengongkong kebebasan ahli untuk bertanding dan dipilih bagi memegang jawatan dalam parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Tengku Ahmad Rithauddeen yang mahu sistem kuota pemilihan dalam parti dihapuskan kerana ia menjadi punca utama berlakunya politik wang.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, sejak sistem itu diperkenalkan sebagai syarat pemilihan dalam UMNO, gejala politik wang dilihat semakin berleluasa hingga menyebabkan ia kini bertambah parah dan sukar dibendung.

Ujarnya, sistem tersebut mendorong setiap calon yang bertanding menggunakan apa jua cara termasuk sogokan wang bagi mendapatkan sokongan daripada bahagian atau cawangan untuk membolehkannya merebut jawatan tertentu.

sumber Utusan Online

p/s : setuju!!!

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com