Sep 14, 2008

KENYATAAN ZAID PANDANGAN PERIBADI-MUHAMMAD TAIB

SHAH ALAM 13 Sept. - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri disifatkan sebagai satu pandangan peribadi.

Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perkara itu tidak harus diperbesarkan kerana UMNO telah pun membuat keputusan berhubung peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara pada tahun 2010. Katanya, jika Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mempersoalkan tarikh proses peralihan kuasa, ia terpulang kepada beliau kerana itu merupakan pandangannya.
"Walaupun kita (UMNO) telah bersetuju mengenai peralihan kuasa pada 2010, UMNO tidak pernah melarang mana-mana pemimpin termasuklah ahli-ahli di peringkat akar umbi menyatakan pandangan mereka mengenai perkara ini.

"Oleh itu, apa yang dinyatakan oleh Zaid terhadap Muhyiddin sebenarnya tidak mewakili mana-mana pihak. Bagi saya, ia cuma pandangan peribadi beliau semata-mata.

"Bagi saya, tidak ada isu dalam hal ini kerana masing-masing menyatakan pandangan mereka. Namun, apa jua keputusan, terpulang kepada majoriti ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk tentukannya," kata Muhammad kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zaid yang menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mentadbir negara ini.
sumber Utusan Online

p/s : Inilah baru komen yang nampak rasional sikit...ini tidak..asyik-asyik suruh letak jawatan...nampak macam UMNO ni tak demokratik langsung. Khalifah Harun Al Rashid pun kena tegur juga...syabas Tan Sri...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com