Sep 13, 2008

DENGAR SUARA CAWANGAN- SYED HAMID ALBAR

KOTA TINGGI 12 Sept. - Suara akar umbi peringkat cawangan UMNO perlu diberi perhatian memandangkan ia merupakan asas utama dalam menentukan kekuatan perpaduan parti, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, UMNO perlu terus relevan dengan menghormati kehendak perwakilan dalam dasar perjuangan parti.

Menurutnya, dengan perhimpunan agung UMNO semakin hampir, kedudukan UMNO sebagai parti terbesar yang menguasai politik negara ini perlu kukuh biarpun menghadapi cabaran dari semasa ke semasa.

''Apa jua persefahaman dicapai adalah berasaskan apa yang dibawa oleh perwakilan dari cawangan, bahagian dan juga peringkat kebangsaan.

''UMNO perlu bersatu agar tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak sama ada dari dalam atau luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama-sama Polis Diraja Malaysia dan anak-anak yatim di kuarters kediaman polis di Taman Kota Jaya di sini hari ini.

Seramai 64 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi dan enam ibu tunggal diraikan dalam majlis itu yang turut dihadiri Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Dalam pada itu Syed Hamid berkata, beliau amat mengalu-alukan hasrat bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai semula UMNO selepas mengambil keputusan keluar daripada parti Mei lalu.

"Alhamdulillah kerana yang kita mahu adalah perpaduan yang merupakan kunci kepada kekuatan Melayu dan umat Islam," katanya.

sumber Utusan Online

p/s : Setuju. Tanpa sokongan akar umbi, tidak mungkin seorang pemimpin di dalam UMNO hari ini bergelar pemimpin. Dari cawanganlah lahirnya para pemimpin...tapi bila dah jadi pemimpin ketepikan pandangan akar umbi. Itulah perbuatan yang dikatakan seperti pepatah Melayu...kacang lupakan kulit...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com