Sep 14, 2008

AHLI DI MINTA BERTENANG?

JOHOR BAHRU 13 Sept. - Semua pemimpin dan ahli UMNO perlu bertenang dan tidak terlalu emosi ketika mengeluarkan kenyataan berkaitan masalah dalaman parti kepada pihak media.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan mendesak pihak tertentu berhubung isu peralihan kuasa adalah tidak wajar kerana ia hanya mengeruhkan keadaan.

Malah beliau berkata, perbuatan tersebut menggambarkan parti kini berada dalam suasana kelam kabut.
"Oleh itu, saya berharap, semua pemimpin dan ahli parti tidak terbawa-bawa dalam soal ini (peralihan kuasa). Kita perlu bertenang dan rasional serta tidak emosi.

"Apa yang penting, kita perlu menjaga keutuhan dan kekuatan parti. Kita ada banyak saluran dan adalah lebih baik kita menggunakan saluran itu dan bila perlu sahaja kita bercakap kepada akhbar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Bantuan Hari Raya Kepada Golongan Kurang Berkemampuan Bahagian UMNO Pasir Gudang, di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Desakan itu dibuat ekoran tindakan Naib Presiden UMNO itu yang menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana menganggap tempoh tersebut terlalu lama.
Ditanya hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai semula UMNO, Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, kemasukan sesiapa sahaja ke dalam parti akan membantu mengukuhkan kekuatan UMNO.

"Namun kita belum terima permohonan secara rasmi dan cuma cakap-cakap sahaja," katanya.

sumber Utusan Online

p/s : Ahli di akar umbi memang bertenang Dato. Yang tak bertenang dan nampak tak rasional ialah Dato dan rakan-rakan lain yang asyik-asyik suruh letak jawatan. Lain sikit aja pandangan yang diberikan, suruh letak jawatan. Sekarang siapa yang tidak bertenang? Pemimpin tertentu yang ada kepentingan peribadi ke ahli akar umbi yang tak tenang sekarang ni?

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com