Sep 11, 2009

MEMANG SENANG KALAU MENGKRITIK...

Komen terbaru dari YB Samad Khalid, berkenaan isu kuil hindu seksyen 23 Shah Alam. di mana beliau mengambil kisah ketika umat Islam menawan Baitul Maqdis, Saidina Umar telah dijemput untuk melawat sebuah gereja, malah diminta untuk bersembahyang di dalamnya.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

Khalid Samad mengaitkan kisah Saidina Umar ini, dengan kekecohan yang berlaku di Seksyen 19 baru-baru ini. Kata beliau di dalam blognya, "Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka."

Pertamanya, memang benar, ini adalah respon Saidina Umar yang mengambil kira kepentingan bersama, baik golongan Nasrani dan umat Islam. Namun apa yang ingin ditekankan di sini, dalam isu kuil di Shah Alam, di mana nampaknya Yb Khalid sendiri yang tidak peka terhadap kepentingan semua, apabila membela sebelah pihak, manakala tidak mahu mendengar pendapat di sebelah pihak lagi.

Hanya yang YB tahu, adalah untuk menyalahkan UMNO di atas segala isu yang terjadi, lantaran untuk menutup silap YB yang tidak berkhidmat dengan sebaik mungkin untuk menjaga kepentingan semua pihak, seperti yang Saidina Umar lakukan.

Manakala, dalam satu perenggan, YB menyatakan bahawa tindakan Saidina Umar tidak mahu bersembahyang di gereja, sebagai lambang keadilan Islam yang membenarkan penganut agama lain bebas beribadah dan tidak merobohkan rumah ibadat penganut agama lain.

"Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya"

Kisah Saidina Umar tidak mahu bersolat di dalam gereja, bukanlah berkaitan dengan keadilan Islam tidak merobohkan gereja, tetapi tindakan Saidina Umar tidak mahu bersolat di dalam gereja, sebenarnya disebabkan bimbang kelak nanti akan terjadinya perebutan tempat ibadah antara umat Kristian dan umat Islam.

Tindakan Saidina Umar yang melambangkan Islam amat bertoleransi dalam membiarkan biara, rumah ibadat penganut lain adalah apabila Baitul Maqdis dibawah pemerintahan Islam, beliau membiarkan gereja dan synogo (tempat ibadah yahudi), serta penganut agama lain bebas beribadah. Itulah sebenarnya lambang toleransi dan keadilan Islam terhadap penganut agama lain sebagai mana yang diamalkan oleh kerajaan yang memerintah Selangor sebelum gerombolan YB, dan bukannya tidak mahu bersolat di dalam gereja sebagai lambang keadilan Islam terhadap penganut agama lain.

Namun, dalam isu kuil di Selangor, ia bukanlah soal perdebatan untuk merebut tempat ibadah, sebaliknya ia adalah isu perpindahan kuil yang kecil, kepada tapak yang lebih besar dan itulah punca yang menjadikan isu bantahan dari penduduk.

Ini disebabkan kerana minoritinya penduduk beragama hindu di situ. Ini bukan soal untuk merobohkan kuil, atau tidak membenarkan mereka yang beragama hindu mendirikan kuil mereka.

Tetapi ini adalah soal tempat, lokasi dan kesesuian yang sepatutnya diperbincangkan bersama dengan penduduk di sekitar kawasan tersebut yang rata-ratanya umat Islam. Namun isu yang sebenarnya adalah kelemahan Yb sendiri di mana menurut Dato Khir Toyo dalam akhbar Utusan Malaysia, YB tidak berbincang terlebih dulu dengan penduduk, sebaliknya hanya berbincang dengan AJK Kuil itu sahaja.

Jadi, YB tidaklah perlu membawakan kisah keadilan Saidina Umar, sedangkan YB sendiri tidak mempraktikan konsep keadilan itu, biarpun YB seringkali melaung-laungkan isu keadilan di dalam isu berkaitan pemindahan kuil di Shah Alam ini.

Janganlah mengatakan, bahawa orang Melayu atau UMNO selama ini tidak membenarkan pembinaan rumah ibadat agam lain di bumi Malaysia ini, sedangkan hakikatnya, mengikut satu satu laporan akhbar perdana, kuil yang ada di Malaysia lebih banyak dari bilangan masjid, seolah-olah Malaysia ini majoritinya adalah penduduk beragama Hindu. (rujuk di sini)

Jadi, lantaran itu, usahlah YB berpolitik lagi untuk menutup kelemahan YB dan angkatan YB dalam menangani masalah ini. Janganlah mengkambing hitamkan UMNO, apabila sudah mula menggelabah dengan isu ini yang semakin lama, menjadi semakin tegang.

Jangan YB sangka, setiap orang Melayu yang membangkang YB, adalah orang-orang UMNO, ataupun orang-orang upahan UMNO. Ini kerana, YB dipilih oleh rakyat dan kini, rakyat sedang menilai prestasi YB sebagai seorang 'kuli' bagi kawasan yang YB terpilih.

Memang senang kalau mengkritik, sebagaimana YB dan rakan-rakan mengkritik kerajaan pimpinan UMNO sebelum ini, tetapi sekarang, apabila sudah diberi kuasa dan memerintah, sekarang barulah tahu samada senang atau tidak menguruskan hal rakyat, apabila sudah berada di tampuk pemerintahan.

Apa yang pasti, ujian politik bagi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, sudahpun lama bermula. Namun setakat ini, hasilnya amatlah mengecewakan dan lebih mengecewakan, apabila YB dan rakan-rakan YB lebih senang menyalahkan UMNO dan BN apabila masalah itu mula meruncing, tanpa dilihat kesungguhan YB dan rakan YB untuk berusaha mencari jalan penyelesaian bagi merungkai permasalahan tersebut...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com