Sep 10, 2009

DINAR EMAS GANTI MATAWANG US DOLLAR


  1. Ketika membelek-belek tajuk-tajuk menarik yang terpapar di beberapa blog yang sering saya kunjungi, termasuklah blog chedet, saya tertarik dengan posting terbaru chedet, berkenaan satu laporan dari Blomberg yang melaporkan, UN kini sedang mencari satu matawang baru, bagi menggantikan US Dollar sebagai matawang perdagangan antarbangsa.
  2. Apabila membaca laporan tersebut, saya teringat akan cadangan Tun Mahathir tentang penggunaan dinar emas pada tahun 2001, sebagai matawang dunia menggantikan US Dollar. Namun cadangan Tun pada ketika itu, disambut sepi oleh kebanyakkan negara, termasuklah negara-negara OIC.
  3. Ternyata hari ini, negara yang dikatakan sebagai gergasi ekonomi dunia, sedang kelam kabut mencari alternatif bagi meningkatkan semula ekonomi mereka yang sedang teruk merudum , sehingga akhirnya tampil dengan satu idea untuk mewujudkan matawang baru, bagi menggantikan US Dollar.
  4. Dalam hal ini, penggunaan dinar sebagai matawang, akan dapat memulih dan menstabilkan kembali urusan ekonomi dunia. Perkara ini diakui oleh ramai bijak pandai, baik di dalam negara, mahupun di luar negara.
  5. Penggunaan US Dollar sebagai matawang dunia bermula apabila berlakunya perjanjian Bretton Wood pada tahun 1944. Jelas pada hari ini, matawang US Dollar diramalkan tidak akan bertahan dengan lebih lama.
  6. Selama 65 tahun sistem ini diguna pakai dan pada hari ini, semakin jelas petanda-petanda yang menunjukkan bahawa matawang US Dollar yang diasaskan ketika persidangan Bretton Wood, tidak lagi dapat menjamin kestabilan ekonomi di seluruh dunia.
  7. Dunia juga tidak dapat menafikan, bahawa penggunaan dinar emas sebagai matawang perdagangan antarabangsa, sememangnya dapat menjamin kestabilan ekonomi di seluruh dunia. Ini memandangkan, bahawa nilai emas yang sentiasa stabil dan tidak boleh dimanupulasi atau di spekulasi oleh golongan tertentu, seperti yang berlaku pada tahun 1997-1999 akibat spekulasi terancang dari George Soros. (baca selanjutnya tentang Dinar Emas)
  8. Di dalam Al Quran, Allah meletakkan tiga perkara yang paling berharga buat manusia di muka bumi ini. Pertama, makanan. Kedua emas dan yang ketiga ialah perak.
  9. Justeru itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal menyatakan cadangan pengunaan dinar emas bagi menggantikan US Dollar, hari ini perlu mendesak dunia sekali lagi, agar penggunaan dinar emas sebagai matawang, diguna pakai bagi menggantikan sistem Bretton Wood yang kini dilihat sudah hampir ke penghujungnya.
  10. Namun, seperti kata Tun, pastinya diperingkat awal penggunaan dinar emas sebagai matawang dunia, sedikit sebanyak akan ada masalah. Tetapi, segala masalah ini akan dapat diatasi, sekiranya golongan pakar ekonomi baik dari dunia Islam atau tidak, berusaha mencari sistem dan pendekatan perlaksanaan yang dinamik dan tersusun. Sekiranya sistem ini dapat dilaksanakan dengan tersusun, InsyaAllah, ekonomi berdasarkan nilaian emas dinar ini akan menjamin masa depan ekonomi yang stabil, serta akan dapat bertahan lebih lama.
  11. Di dalam hati, saya amat-amat berharap, agar kerajaan BN pimpinan UMNO, yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, dapat mengulangi cadangan Malaysia dalam penggunaan dinar emas sebagai matawang dunia, serta mengajak rakan-rakan dunia terutama negara-negara OIC, agar turut sama bersetuju dengan perkara tersebut, bagi menggantikan US Dollar yang kini dilihat semakin lama, semakin tenat.


-Abu Muhammad Zubair-

1 comments:

JENTAYU EMAS RESEARCH GROUP said...

Assalamualaikum,

Penggunaan semula Dinar Emas sebagai matawang pernah diutarakan dan menjadi perbincangan hangat. Sudah tiba masanya untuk topik perbincangan ditukar dengan tindakan agresif bagi merealisasikan impian ini.

Di Malaysia,dinar emas sudah beberapa tahun dikeluarkan oleh syarikat berkaitan kerajaan dan swasta seperti Permodalan Kelantan Berhad, Islamic Mint Sdn Bhd, Mariwasa Kraftangan, Public Fine Gold International Sdn Bhd dan juga Jentayu Emas Trading (www.jentayuemastrading.com).

Walaupun usaha ini kelihatan agak kecil, sekurang kurangnya apa apa yang direncanakan sudah mula menampakkan tindakan susulan.
Bak kata pepatah,"Perjalanan Seribu Langkah Bermula Dengan Satu Langkah Yang Kecil".

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com