Oct 13, 2008

MP PR SERTAI BN JIKA NAJIB AMBIL ALIH KUASA?


1. PERKEMBANGAN di dalam UMNO telah menjejaskan sokongan MP-MP Pakatan Rakayat dan di 3 buah negeri PR iaitu Selangor, Kedah dan Perak. Beberapa MP PR dijangka akan menyertai DS Najib Tun Tazak terutama MP PKR yang pernah bekerja dengan DS Najib semasa mereka di dalam BN dahulu. Penulis diberitahu Penasihat PKR telah memanggil mesuarat khas untuk menghalang YB-YB PKR meyertai kerajaan di bawah pimpinan DS Najib.

2. Di Selangor, mereka yang bersedia untuk menyertai BN dikatakan terdiri daripada YB Melayu dan YB Bukan Melayu daripada parti PKR. Terdapat kekecewaan di kalangan YB Bukan Melayu terhadap cara kerajaan negeri memusnahkan kuil di Ampang. Jika dahulu, Dr. Khir Toyo dilanyak kerana kerajaan negeri meruntuhkan kuil , kali ini MB Selangor pula tidak dapat menghalang kuil diruntuhkan oleh kerajaan PR.

3. Di Perak dan Kedah, beberapa YB PKR yang sudah bersedia menyeberang kepada Bn pada Ogos lepas kini sudah bersedia untuk menyertai BN. Mereka dikatakan sudah melihat permainan politik Anwar sehinggakan Azmin Alim pun hendak meletak jawatan dalam semua jawatan PKR, termasuk kes YB Zulkifli yang dianiaya double standard.

4. YB PAS/PKR di Kedah, dan 4 YB PKR di Perak dikatakan terlibat dalam isu ini.4. Untuk menyakinkan penyokongnya, Anwar dikatakan berusaha untuk membawa undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri di parlimen Isnin ini, namun kem PAS dikatakan sekurang-kuragnya 15 MP PAS tidak akan menyokong usul itu ( dikatakan MP yang menyokong Kepimpinan Ulama ). MP PAS yang berpihak kepada Kumpulan Erdogan di bawah Husam akan terus memberi sokongan kepada Anwar.

5. Di Sabah, SAPP dikatakan berhajat untuk memohon menyertai semula BN di bawah DS Najib. Penulis berharap perkara ini tidak berlaku kerana SAPP bukan parti yang besar ( keahlian hanya sekitar 30,000 orang ), lagipun ia hanya bersikap pengacau yang tidak setia. Semua YB SAPP masih memberi sokongan kepada kerajaan BN walaupun SAPP sudah keluar dari BN. Yang hanya menjadi mangsa Anwar dalam permainan ini ialah Yong Teck Lee.

5. Dengan perkembangan ini, penulis yakin setelah semua Pemilihan parti dibuat dalam parti MCA, MIC, UMNO dan komponen yang lain, kerajaan BN akan kembali pulih dan mendapat sokongan rakyat. Rasionalnya, PAS , PKR, DAP memiliki penyokong masing-masing, rakyat yang tidak mempunyai parti yang mengundi atas dasar isu, sudah pasti akan memikirkan semula keadaan semasa politik negara.

6. Bagi kita rakyat biasa, marilah kita memberi sumbangan idea untuk memajukan negara kita, merapatkan semula perpaduan, membuat aduan dengan betul, tidak perlu mengganggu rumah terbuka orang lain, zaman sekarang bukan zaman menjerit-jerit, itu zaman Anwar yang dia belajar dalam kursus IIIT, NED, dll pertubuhan pro-Amerika.

7. Teresa saman Utusan Melayu RM30 Juta, apa kata sesiapa umat Islam dan orang Melayu yang rasa Terhina dengan perbuatan Teresa Kok dalam isu Babi, Tulisan Jawi, Makanan Anjing, Azan dsbnya mengambil tindakan yang sama ke atasnya. Dia nak tunjuk Hero konon dia benar orang lain salah, apa kata orang Islam dan Melayu juga tunjuk Hero! Dia fikir umat Islam dan orang Melayu tidak Terasa dan Tidak Tersinggung dengan kata-katanya yang menghina bangsa Melayu dan umat Islam.
sumber Jentayubaka.blogspot.com
p/s : Tunggu dan lihat...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com