Oct 13, 2008

APAKAH ANWAR TERUS LANTANG DI PARLIMEN ATAU...

1. Minggu hadapan Parlimen akan bersidang, dan perkara yang paling ditakuti Anwar ialah berdepan dengan MP BN dalam Parlimen, yang mana apabila Anwar bercakap MP-MP BN akan bertanya semula Dasar-Dasar Anwar semasa berkuasa dahulu! Sudah pasti akan lebih banyak pembongkaran yang tidak pernah didedahkan akan terdedah .

2. Kontrak-kontrak secara Terus yang diberikan oleh Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan kepada Kroni-kroninya, Kelulusan Anwar membenarkan Ringgit Malaysia di bawah keluar ke luar negara semasa Krisis Ekonomi 1997, berapa Billion? Abrar? IKD? dan pelbagai lagi.

3. Anwar punya pilihan di dalam Dewan Parlimen, sama ada Berhenti Menuduh Kerajaan atau Berdiam Diri?

4. Penulis punya pandangan, suara Anwar dalam Dewan akan menjadi lembut, berhati-hati, takut-takut, mencari-cari bahasa selamat dan kontrol. Anwar dalam Dewan pasti sangat Berbeza dengan Anwar di hadapan Hindraf, DAP, PAS dan PKR! Ini sudah terbukti semasa hari pertama Anwar di Dewan tempohari apabila mengulas perbahasan rang undang-undang DNA dengan ayat-ayat yang berlapik, berhati-hati, dan kontrol.

5. Emel dari Washington yang diterima penulis menyatakan , pasukan pelobi Yahudi dalam kem Obama dan kem Mccain menolak kawan-kawan Anwar dalam pasukan pelobi Yahudi mereka. Nama-nama seperti Paul Wolfowitz, Cohen, Condoliza Rice, Albright, dan lain-lain dikatakan tidak lagi relevan dimasukkan dalam pentadbiran Amerika abad ke-22.

6. Mereka kini berhadapan Kemuflisan Amerika VS Kebangkitan China/India. Minggu lepas Roket China ke angkasa, Minggu Hadapan Roket India pula ke angkasa, semuanya berlaku tanpa Amerika!.Malahan Washinton Post menolak nama Anwar sebagai sahabat Amerika di Asia selepas kegagalan Projek 916. Mereka mempersoalkan berapakah Kos Projek 916?

7. Siapa boleh teka Kos Projek 916? MP Kota Belud sudah beri petanda...beberapa Keturunannya tidak akan mati kelaparan jika dia menerima projek 916 itu. Tatkala Anwar berdendang irama nak jadi PM, kroni-kroninya hidup mewah di bawah Banglo berjuta-juta ringgit termasuklah dia, Azmin ( dulu berlakon pakai kereta buruk depan penyokongnya), MB Selangor ( yang kata menyusahkan jumpa Rakyat ), dan lain-lain lagi, perhatikanlah kehidupan Mewah mereka...tatkala Janji-Janji Manis PRU-12 mereka belum pun dilaksanakan .

8. Selepas Bulan Disember, akan ada lagikah Air Percuma 20 meter padu di Selangor? Orang Syabas boleh beri maklumat hal perjanjian air percuma 20 meter padu itu. Kepada umat Islam, tidak lama lagi sambutan Hari Deepavali masyarakat India beragama Hindu.

9. Ingatlah ajaran agama Islam, jangan rosakkan sambutan perayaan agama mereka, hormatilah perayaan agama mereka. Jangan berdemonstrasi dan menjerit-jerit kalau bertamu. Janganlah membalas dendam kepada Hindraf yang berlaku baik di rumah terbuka Perdana Menteri Malaysia ,Ini bukan Sindiran, ini Nasehat. Orang Arab Kafirin dan orang Arab Muslim kalau berperang sangatlah kejam, tapi kalau musuh datang bertamu sangatlah dilayan first class.

oleh Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri
dipetik : Jentayubaka.blogspot.com

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com