Sep 18, 2008

PERALIHAN KUASA PERLU SECEPAT MUNGKIN-MUBARAK

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Rabu melahirkan pandangan berbeza daripada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui kedua-dua mereka diadakan pada Jun 2010.

Mubarak, yang mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertingginya hari ini sekali lagi berpendapat proses peralihan kuasa itu perlu diadakan dengan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum Perhimpunan Agung Umno pada 16 Dis ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti. Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata keputusan tersebut dicapai sebulat selepas mendengar pandangan dan rumusan 34 daripada 36 anggota Majlis Tertingginya.

Dua lagi anggotanya tidak dapat hadir. Abdullah dan Najib Rabu mengulangi komitmen mereka dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini kedua-dua mereka akan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti.

Bernama melaporkan Abu Zahar berkata peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui itu adalah satu persefahaman tetapi ia perlu dirujuk kepada perhimpunan agung Umno Disember ini.

"Pemimpin mestilah patuh dan hormati Perlembagaan parti Umno di mana semua hak ahli-ahli tidak boleh diketepikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini.

sumber AgendaDaily

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com