Sep 18, 2008

HENTIKAN PERBINCANGAN PASAL ANWAR-SYED HAMID ALBAR

PUTRAJAYA 18 Sept. - Semua pihak diminta menghentikan perbincangan mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berperilaku seolah-olah negara ini ditadbir oleh beliau.
Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang disiarkan melalui Utusan Online, perbincangan setiap hari sehinggakan masing-masing ingin berdebat secara tidak langsung menunjukkan pergerakan negara turut `dikawal' oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

``Kita tidak perlu setiap hari bincang mengenai ketua pembangkang, banyak lagi benda yang boleh kita buat.Kita ada tugas yang perlu dilaksanakan sebagaimana yang diberikan mandat oleh kerajaan,'' katanya.

Dalam pada itu, menurut laporan Bernama, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan akan menggubal satu akta mengenai hubungan kaum bagi dijadikan panduan kepada rakyat untuk memelihara dan mengukuhkan hubungan kaum.

Beliau berkata pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) akan membincangkan soal penggubalan undang-undang itu setelah ianya dipersetujui oleh kabinet.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini, Syed Hamid berkata bahawa setelah akta berkenaan diluluskan, KEKWA akan memainkan peranan yang penting bersesuaian dengan tnggungjawabnya menjaga hal-hal perpaduan.

“KDN hanya memberi input dalam usaha penguatkuasaan bagi menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara dapat dipelihara,” katanya.
p/s : Berapa lama Anwar terpaksa buat alasan...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com