Sep 26, 2008

PEMILIHAN PARTI DITANGGUH SEHINGGA MAC

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari Jumaat sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan dalam usaha melicinkan proses peralihan kuasa.
Bagaimanapun bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian, ia tetap akan diteruskan mengikut jadual asal pada 9 Oktober depan dengan semua agenda pemilihan Bahagian dan pencalonan bagi jawatan tertinggi parti diteruskan.

Namun, timbul persolan jika penangguhan pemilihan parti dibuat bagi licinkan proses peralihan kuasa, adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatan Presiden dengan menerima pencalonan daripada UMNO Bahagian yang mula bermesyuarat bulan depan.
Menjelaskan, perkara ini Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

"Saya belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya berhasrat untuk mengumumkannya sebelum mesyuarat bahagian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO yang berlangsung kira-kira satu jam setengah di ibu pejabat parti itu.

Berdasarkan kepada keputusan yang dicapai oleh MT UMNO itu, pelan peralihan kuasa 2010 kini tidak lagi berbangkit kerana Abdullah menegaskan, keputusan menangguhkan pemilihan itu dicapai ekoran langkah mempercepatkan pelan peralihan kuasa 2010, yang diputuskan Julai lalu.

Ditanya adalah itu bermakna pelan peralihan kuasa 2010 dikekalkan, Abdullah menjawab

“Kalau diawalkan, tidak adalah original punya 2010 itu. Tak timbullah."

Menjelaskan maksud melicinkan proses peralihan kuasa lebih awal, Abdullah berkata, ia adalah bagi membuat penyerahan apa juga yang diperlukan berdasarkan peraturan-peraturan yang sepatutmnya dilaksanakan.

"Ini akan diputuskan antara saya dan Najib," jelasnya ringkas. Beliau turut menjelaskan, peralihan kuasa lebih awal tersebut mempunyai kaitan dengan keraj-keraja yang seharusnya dilaksanakan.

"Semua ada hubung kait dengan kerja saya. Bila habis kerja saya habislah," katanya. Namun dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa keputusan mengawalkan peralihan kuasa disebabkan wujudnya tekanan ke atas dirinya dariapda kalangan ahli MT.

"Tidak ada apa-apa pada hari ini (desakan)... mungkin ada dua atau tiga orang yang rasa begitu. Tapi kebanyakan tidak menunjukkan apa-apa sebab untuk memberi tekanan. Mereka juga tahu hubungan saya dengan Najib adalah satu hubungan yang baik dan apa-apa perkara pun, kedua-dua kami mempunyai persefahaman yang baik.

“Jadi tidak ada masalah yang patut timbul mengenai perkara ini," ujarnya panjang lebar. Ditanya mengenai keputusannya sama ada akan bertanding atau tidak. Abdullah berkata, keputusan mengenainya terletak di tangan beliau dan terserah kepada pihak lain untuk membuat nadaian masing-masing.

sumber AgendaDaily

1 comments:

Anonymous said...

aku tengok ahli2 umno ni mcm dipermainkan oleh ketua2, mcm najib dan pak lah. Demokrasi dah mcm tak de dalam umno, sekarang boleh main pakat2 saje.

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com