Sep 10, 2008

DATUK AHMAD ISMAIL DIGANTUNG KEAHLIAN UMNO 3 TAHUN

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya di dalam parti selama tiga tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, MT turut memutuskan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang lain harus mengenakan tindakan tegas jika ahli mereka turut melakukan perkara demikian (menyentuh sensitiviti kaum).

sumber Utusan Online


p/s : UMNO dah buktikan, tidak berat sebelah biarpun terhadap ahlinya sendiri demi prinsip setiakawan BN. Selepas ini, sekiranya ada ahli-ahli dalam parti komponen BN yang menimbulkan isu perkauman atau agama, diharap parti lain dapat membuat keputusan yang adil seperti mana yang dilakukan oleh UMNO...

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com