Aug 30, 2008

MESYUARAT PEMILIHAN UMNO CAWANGAN TAMAN EHSAN BERJALAN LANCAR

Alhamdulillah, mesyuarat cawangan dan pergerakan Pemuda UMNO Taman Ehsan yang berlangsung pada 27hb Julai 2008 yang lalu, telah berlansung dengan aman, lancar dan sepakat. Biarpun pada awalnya, terdapat ura-ura ada pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Cawangan, namun segala-galanya berjalan lancar tanpa sebarang pertandingan apabila ura-ura itu ternyata hanyalah khabar angin semata-mata.

Dalam mesyuarat pemilihan cawangan Taman Ehsan itu, Mohd Jaya Mohd Jasim atau lebih dikenali sebagai Pak Ya, berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Cawangan Taman Ehsan tanpa sebarang pertandingan.

Manakala Naib Ketua Cawangan pula disandang oleh Puan Roslinda Bt Haji Abu.Bagi pergerakan Wanita cawangan pula, seperti biasa, Puan Hajah Norlia Haji Ahmad juga berjaya mengekal kedudukkan sebagai Ketua Wanita Cawangan Taman Ehsan tanpa sebarang pertandingan. Jawatan Naib Ketua Wanita Cawangan pula disandang oleh Puan Fouziah Abbas.

Bagi pergerakan Pemuda UMNO Taman Ehsan pula, pemilihan kali ini menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan daripada saudara Mohd Rafiq Abdullah (kini telah berpindah cawangan ke Dataran Ehsan) kepada saudara Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah dengan keputusan sebulat suara tanpa pertandingan.Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Taman Ehsan pula disandang oleh Haji Muhd Fairuz Haji Mohd Darwis.

Seramai sembilan orang AJK pemuda cawangan yang baru telah dilantik bagi mengetuai sembilan biro yang juga baru diwujudkan.Dalam mesyuarat tersebut, seramai 79 orang ahli UMNO yang telah hadir.Kepada semua ahli UMNO cawangan Taman Ehsan yang hadir pada mesyuarat tersebut, bagi pihak Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Taman Ehsan mengucapkan ribuan terima kasih dan mengharapkan agar perjuangan untuk membela agama, bangsa dan tanahair terus kekal dan subur di dalam jiwa orang Melayu, terutama bagi ahli UMNO.

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com