Aug 11, 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Barisan AJK Pemuda Pekembar (UMNO) Cawangan Taman Ehsan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli dan juga masyarakat Islam. Semoga Ramadan ini akan memberikan kebaikan dan keinsafan buat diri kita semua.

Kami juga mengucapkan takziah kepada keluarga sahabat kami, Yusri Ahmad yang terbabit di dalam satu kemalangan di Gemas, Johor. Isteri beliau turut terkorban dalam kemalangan yang berlaku kira-kira seminggu yang lalu. Semoga beliau yang kini masih di dalam ICU dan keluarga, bersabar menghadapi ujian Allah yang amat berat ini.

Selain itu, kami juga mengucapkan salam takziah kepada keluarga Makcik Maznah (Senyum) dan sahabat kami, Azlan Alias yang telah kehilangan abang sulung mereka, Aznol Alias akibat serangan jantung baru-baru ini.

Kami doakan agar tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah yang diberi untuk meningkatkan lagi keimanan kita. Kami juga mendoakan agar Allah sentiasa memelihara dan melindungi kita semua daripada sebarang musibah dan bala, dan mengurniakan kebaikan kepada kita semua sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia dan diberkahi ini.

Amin.

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com