Aug 2, 2010

SAH! BEKAS KETUA PEMUDA UMNO TAMAN EHSAN-BEKAS PENGERUSI BELIA 4B SELANGOR SERTAI PKR




Segala desas desus berkenaan bekas Ketua Pemuda UMNO Taman Ehsan dan bekas pengerusi Belia 4B Selangor, saudara Mohd Rafiq Abdullah malam tadi terjawab apabila saudara Rafiq muncul di atas pentas menyarungkan baju PKR, sebagai satu simbolik bagi mengesahkan 'perhijrahannya' ke parti tersebut.

Saudara Rafiq muncul di atas pentas ketika dihujung ceramah umum yang dihadiri oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Hassan Ali dan juga Ustaz Badrul Amin. Ceramah umum Pakatan Rakyat itu diadakan di dewan Badminton Taman Ehsan bermula pada jam sembilan malam yang dihadiri hampir dua ribu orang pengunjung dari luar dan juga di kalangan masyarakat setempat.

Bagaimanapun menurut beberapa penyokong kuat PKR, kehadiran pengunjung pada malam itu ternyata berkurangan biarpun dengan kehadiran Dato Seri Anuar Ibrahim yang sepatutnya dapat menarik lebih ramai orang untuk hadir ke sesi ceramah tersebut.

Seperti biasa, isu-isu yang dibangkitkan kali ini adalah mengenai ekonomi negara, rasuah, rumah bekas Menteri Besar Dato Seri Khir Toyo yang dikatakan mencecah 24 juta, juga isu kematian Teo Beng Hock, dan pastinya acara wajib iaitu mendedahkan 'keburukan' UMNO kepada masyarakat setempat.



p/s : UMNO Selangor bila buat roadshow di sini...?

2 comments:

RakyatMarhaenSelangor said...

gambar sebenar rafi pakai jaket PKR di www.kitagempur.com

Suara Pekembar said...

Terima Kasih Rakyat Marhaen atas info yang diberikan

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com