Jan 30, 2010

PERINGATAN UNTUK PEMIMPIN UMNO SELANGOR


Aku tertarik dengan sebuah artikel dari blog bRAVEhEART yang bertajuk "SIAPA SAYANGKAN UMNO - PARTI UNTUK GOLONGAN ELIT DAN KORUP".

Mungkin tajuk artikel ini agak keterlaluan, tetapi kita mesti ingat, kekadang tu kita terpaksa tegur para pemimpin kita dengan berani dan tegas untuk menyelamatkan UMNO dari mereka-mereka yang pendek akal.

Toksa cakap yang sedap-sedap aje...bodek, ngampu dan kipas sana sini, hakikatnya perangai dan sikap pemimpin serupa macam DEWA-DEWA kayangan: sombong, bongkak penting diri sendiri, kroni dll.

Ramai kata pemimpin kita sombong?, betul ke?.

Blog Beranikan Hati menghentam Umno sebagai parti untuk golongan elit dan korup.

Ada yang kata pemimpin Umno akan menyembah bumi bila tiba PRU13 dan akan mendongak langit selepas itu.

Kasihan nasib orang Melayu di kampong-kampong ditipu bangsa sendiri.

UMNO Selangor kena muhasabah diri, memperbaiki kelemahan masa lampau dan siapkan jentera untuk mengempur kubu lawan.

Pemimpin besar kepala dan bangga diri ini sudah menjadi resmi di UMNO SELANGOR. Tak boleh nak dinafikan lagi.

Apa yang dikatakan oleh penganalisis politik, Profesor Datuk Zainal Kling yang berkata, "UMNO dan BN perlu melupakan hasrat mengambil alih Selangor daripada PR sekiranya pemimpin mereka masih dibelenggu sindrom ‘3L’" Lagak, Laga dan Leka.

Tidak dapat untuk kita nafikan bahwa perkara ini ada kebenarannya. Hanya mereka-mereka yang buta hati saja tak dapat menerima kritikan seperti ini.

C'mon lah UMNO SELANGOR, takkan nak pujian dan ampuan aje?..baru kena kritik sikit dah melenting tak tentu pasal.

Inilah pemimpin UMNO SELANGOR yang tidak pernah ingin mengubah sikap mereka.

Dalam penulisan blog juga berlaku diskriminasi. Pemimpin yang kononnya bercakap kecil tetapi berkepala besar, tak menghargai blogger lain dan menganggap diri merekalah yang paling agung dan tak menghargai jasa blogger-blogger lain.

Para blogger pro kerajaan seperti: gap, darul ehsan today, unspinner, medan info dan ratusan lagi blog, berjuang siang malam mempertahankan maruah UMNO dan memertabatkan politik melayu , tetapi UMNO SELANGOR seperti tidak menghargai usaha mereka-mereka ini.

Jangan kata bantuan, ucapan terima kasih pun tak ada!.

Seperti mana yang dicadangkan oleh bRAVEhEART, supaya kita semua sepakat untuk buangkan segala link ke laman web atau blog pemimpin UMNO.

Ini kerana laman web-lamanweb pemimpin UMNO sendiri tidak pernah hendak meletakkan link blog kita di laman web mereka.

Mungkin lebih baik kita baca blog-blog yang mempertahan maruah dari membaca blog "cakap kecil kepala besar".

Nampaknya demikianlah arah politik Malaysia. Walau apa pun yang rakyat suarakan, pemimpin tetap akan melaksanakan agendanya sendiri berserta kroni-kroni. Dan, untuk kepentingan peribadi-peribadi. Maka motto ini mungkin lebih sesuai: Kroni diutamakan, rakyat dibiarkan.

Dari dulu lagi, perjuangan UMNO adalah rakyat berjuang untuk kepentingan golongan bangsawan. Kerana itulah orang-orang biasa hanya jadi sebagai apa? Tokoh-tokoh pejuang dari kalangan rakyat marhaen seperti Pak Sako, Ahmad Bustamam dan lain-lain tugas mereka hanya melonjakkan pemimpin dari kalangan elit. Sehingga kini, itulah yang masih berlaku dalam UMNO.

Saya melihat jika inilah keadaannya, maka bahtera UMNO akan karam kerana golongan elit ini dan saya tidak ingin turut tenggelam bersama mereka. Kita hanya ada masa 2 tahun saja lagi, sama ada untuk memastikan bahteral tidak tenggelam atau mendapatkan pilihan lain.


http://matamata-umat.blogspot.com/

1 comments:

blog darulehsantoday said...

Artikel asal bertajuk:
AKHIRNYA NAJIB, MUHYIDDIN DAN MT UMNO JUMPA GAP

adaptor laptop aku dah rosak. tak boleh charge. tadi aku dah kuburkan dia ke tong sampah.sedih gak pasal adaptor charger aku dah banyak berjasa pada aku pada bangsa melayu pada islam. sedih, teman yang paling akrab banyak tolong aku dah ketemui ajalnya...manakan tidak, berejam setiap hari asyik on je.

ni lari jap kat cyber cafe. takpe aku dah kaya boleh online kat cyber cafe 24 jam pasal dah masyuk...gap kaya sekarang pasal najib,muhyidin,mt umno,samy velu,liong sik,taib mahmood semua dan sponsor aku. dorang jumpa aku pagi tadi dalam upacara khas menghargai bloger jalanan macam aku..aku pergi sorang je.

sumbangan cek RM35 juta daripada pemimpin umno untuk aku sorang pagi tadi, lepas najib jumpa raja norway.. aku cakap kat najib, janganlah bagi banyak-banyak nanti aku tak buat kerja. najib,muhyidin dan semua pemimpin umno dan bn cakap 'rilek gap'.

ini cara kami hargai bloger jalanan macam kamu. 'serangan kau betul betul aku teruja' kata najib kat aku. dari segi serangan dan pendedahan dokumen membuatkan pakatan sikit lagi nak mati..silap aribulan sebelum pru ke 13..

'saya suka cara kamu serang pemimpin pakatan' kata najib kat aku.bukan macam ada bloger playsafe dari inmind mahupun daripada JASA dan bos sengal dia fuad hasan, entah apa dia buat aku pun tak tau, keluh najib.

'ini semua play safe punya bloger' kata najib....'apa barang bloger macam tu' sergah muhyidin sambil tepuk bahu aku..gila gila...macam lady gaga kembang kuncup aku dibuatnya bila pemimpin tertinggi umno akhirnya iktiraf bloger jalanan..

ini private meeting..esok aku dapat lagi RM15 juta lagi daripada umno..total RM50 juta dalam maybank aku sekarang...tak payah lagi bising bising-bising nak jadi jaguh peniaga melayu yang nak mati pasal tak dapat MARA. shapie apdal pun tadi menggigil jumpa aku tadi,minta ampun kat aku. aku cakap takpe,kali ini dalam maybank aku ada RM50 juta, aku sendiri bagi loan dan grant pada peniaga melayu...

tapi masa pertemuan ekslusif pagi tadi ada sikit tegang lah. najib,muhyidin,MT umno,samy velu bertegang leher nak amik aku jadi penulis upahan dorang.. wooo woo..aku cakap brader rilek jangan gaduh gaduh la..memang adakala aku belasah umno walaupun aku anti pkr, namun aku cakap kat dorang aku belasah pasal aku nak bagi peringat. bukan sembrono menonong balun..

oh oh..ayat ini aku dengar daripada beberapa kerat pemimpin umno. dorang paham stail aku.
?
?
?
?
?
?
?
?

haha.. bertuah la badan kalau pertemuan ni betul.. pedih tak telinga bila dengor aku kias macam ni..nak lagi pedih korang tunggu je la lepas ni...

baik umno,pas,pkr,dap semua takkan terlepas dari balingan boomerang aku..sekali baling tiga empat kepala konpem kena penggal !

aku kelentong korang je la pasal aku jumpa najib dan pemimpin tertinggi umno. mana ada dorang nak appreciate bloger macam kita nih..takpe hari ini hari dorang, namun esok lusa belum tentu menjanjikan itu hari mereka. get ready, untuk bertemu fasa ke dua serangan aku. gerakan anti pkr !

aku nak tanya korang, dalam tangan aku ada dokumen yang melibatkan pemimpin pakatan dan umno bersekongkol..korang nak tak aku keluarkan ?

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com