Sep 2, 2008

SOKONG TUTUP MALAYSIAN TODAY-RPK SUDAH MELAMPAU

Blog Malaysian Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) wajib diharamkan kerana penulisan di dalam blog tersebut ditulis tanpa etika dan penuh fitnah. Lelaki yang bernama RPK ini mempunyai perasaan yang terlalu taksub dengan pendapatnya sendiri, sehingga tidak ragu-ragu memasukkan unsur-unsur penghinaan, fitnah serta adu domba di dalam penulisannya.

Biarpun tindakan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar mengharamkan blog ini menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi tentang kebebasan blog, tetapi perlu diingat, mana ada kebebasan yang sepenuhnya di dalam dunia ini.

Setiap manusia tertakluk kepada undang-undang, baik undang-undang agama, dan juga undang-undang negara. Kebebasan juga perlu ada hadnya. Jika tidak, kebebasan itu akan membawa kehancuran apabila ada manusia-manusia seperti RPK yang tidak tahu menilai antara kejujuran dan kepalsuan, antara tuduhan dan desas desus dan antara fitnah dan kebenaran.

Di Malaysia, dalam keadaan hidup berbilang bangsa dan berbilang kaum, RPK tidak boleh memperalatkan isu kebebasan dalam media, yang bertujuan tidak baik seperti menghina, atau memecah belahkan masyarakat, serta menimbulkan sentimen kebencian terhadap bangsa-bangsa di negara ini.

Ini antara tulisan RPK yang disiarkan melalui Tranung Kite Online :

If one Muslim can swear on the holy Quran as a proof of innocent, leave aside the punishment of god for the accumulated sins after death, which criminal does not want to be a Muslim so that he can get off scott-free after swearing ?

"I murdered a Mongolian model with C4, I swear... I get off scott-free!" "I abuse my power for family businesses & personal gains, I swear... I get off scott-free" "I deliberately accused a person rape-shoved his dick into my ass, I challenge you to swear..." Swear, swear,swear...
Your mother lar !

If swearing can prove a person that he/she's clean & innocent, why do the whole world needs trillions of dollars to built prisons ? If Muslim criminals can just swear and that's all, doesn't that mean that the Islam world is full of criminals ? For god's sake, Criminals are criminals, don't drag religions into politics. Tak habis-habis dengan liwat tu liwat ni, liwat dengan agama pulak !

Stupid UMNO & PAS, go back and learn basic logics ! Religions are holy stuffs, politics are filthy. Don't mix it together ! "

Inilah masalah dengan RPK... bila dah syok diagungkan kerana keberanian mengkritik, beliau tidak dapat membezakan sempadan perbicaraan yang sensitif bagi umat Islam, hingga mengundang bukan Islam turut serta mempersoalkan kaedah Islam. Mudah-mudahan beliau mendapat hidayah Allah

Dalam Tranung Kite Online juga, menyiarkan tulisan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahrir (Roslan SMS) yang mengkritik blog Malaysia Today :

Di luar sana. Macam-macam dusta dan nista dilemparkan terhadap pimpinan kita. Kunjung sebentar ke Malaysia Today dan lihat pemimpin-pemimpin kita dimaki hamun dengan kata-kata kesat dan lucah.

Adakah kita termasuk dari kalangan mereka yang juga yakin memang begitu, memang pemimpin kita ini telah menjual maruah, memang pemimpin kita ini melayan runtunan nafsu masing-masing. Lalu memang layak mereka diperlakukan begituFikirlah sejenak, jangan melayan tuntutan nafsu serakah.

Raja Petra yang pernah satu ketika dahulu menulis dalam Harakah dan kini diraikan oleh PAS sebagai kawan, sesuka hatinya menulis:

PAS constantly talks about Islam the way Paris Hilton talks about sex.

Begitu juga dengan beberap kerat penulis lain, yang tiada pun ikatan dan naungan langsung dengan parti dan jamaah kita.

Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia, RPK lebih bertanggungjawab...

Kepada semua sahabat-sahabat di dalam PAS, berjuanglah untuk Islam, Bangsa dan Tanahair, bukannya untuk kuasa dan kemenangan di dunia. Parti hanyalah wadah atau jalan untuk perjuangan. Menang atau kalah bukan soal, kerana kemenangan atau kekalahan hanyalah mutlak keputusan Allah semata-mata. Yang pasti, kemenangan bagi umat Islam hanya satu, iaitu mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Itulah kemenangan yang hakiki dan abadi.

-Hafiz Hamzah-

2 comments:

Anonymous said...

RPK memang dah melampau...PAS pun tak sedar-sedar diri lagi. Tak yah la sokong anwar tu. Dulu, masa dia timbalan perdanan menteri, macam-macam dia kutuk PAS. Tapi sekarang ni, PAS terima balik. Jangan jadi bodoh...RPK ngan anwar kan satu geng...fikirlah sendiri....

Anonymous said...

RPK memang tak ada otak. Nama aja keturunan raja, tapi buat malu kaum kerabat. Nak sokong-sokong la, nak poltik-politik la, tapi tak yah la poyo-poyo sangat. Dah macam ahli parlimen Belanda dah, siap lukis-lukis gambar. Mula-mula gambar Haji Hadi, lepas tu kang...gambar Nabi lak...bukan leh caya mamat ni..

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com